Thursday, January 20, 2011

Prosedur ke Jepun

Baru-baru ini saya ada terima email dari peminat teknologi Jepun yang ingin tinggal di Jepun. Ramai juga kawan-kawan yang berminat melancong ke Jepun. Melancong memang seronok kalau poket berisi.

Visa Jepun
1) Umumnya, semua jenis urusan bagi rakyat Malaysia untuk masuk ke Jepun memerlukan visa. Visa pelawat, visa pekerja, visa pelajar. Macam2 jenis.
2) Saya pernah mohon visa pelawat pada Ogos 2007 untuk menduduki peperiksaan kemasukan universiti. Kemudian mohon visa pelajar pada Oktober 2007. Bayaran kedua-dua visa ini percuma dan boleh dipohon di pejabat kedutaan (KL) atau konsulat jepun (Penang, JB, KK).
3) Biasanya mengambil masa 3 hari berkerja untuk diproses.
Untuk syarat-syarat permohonan boleh lawat sini--> http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html
4) Untuk melancong di Jepun, sila beri pehatian kepada keperluan berikut
"6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance)"
Beberapa rakan saya tidak lepas permohonan visa kerana jumlah terkumpul dalam akaun tidak meyakinkan pihak kedutaan. Sekurang-kurangnya jumlah terkumpul RM10k perlu dibuktikan untuk mengelakkan permohonan ditolak. Syarat ini dikenakan untuk mengelakkan pemohon datang ke Jepun melencong dari tujuan untuk melancong dan bekerja secara haram untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Tiket penerbangan
1) Bergantung kepada destinasi, kos dan syarikat penerbangan boleh bertanya terus kepada ejen perlancongan atau beli sendiri melalui web. Terkini AirAsia telah melancarkan penerbangan terus KLIA-Haneda, Tokyo.
Syarikat-syarikat lain termasuk MAS, Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA).
2) Kadangkala harga di ejen lebih murah dari harga di web. Yang penting, buat sedikit kajian komparatif, dan dapatkan harga terbaik untuk perjalanan yang dipilih.
3) Sila ambil perhatian terdapat dua airport penting di Tokyo iaitu Narita dan Haneda. Jarak perjalanan menggunakan bas limousin antara kedua-dua airport ini adalah hampir 2 jam. Pastikan airport yang betul.
4) Tiket penerbangan laluan terbaik paling murah untuk laluan KLIA-Sapporo yang pernah saya beli adalah RM2.5k
     i) Ogos 2007: Korean Air:  KLIA->Incheon,Korea->Sapporo->Incheon,Korea-KLIA
     ii) May 2009: JAL: KLIA->Tokyo->Sapporo->Tokyo->KLIA
5) Terdapat juga laluan KLIA-Sapporo lain yang lebih murah seperti melalui China Airways, Cathay Pacific, tetapi masa transit yang lama hampir sehari, atau memerlukan transit dari Haneda Airport ke Narita Airport dan sebagainya menyusahkan untuk yang berkeluarga dengan anak kecik atau warga veteran.
6) Untuk laluan KLIA-Tokyo-KLIA, saya pernah ternampak promosi MAS dan AirAsia serendah RM1.5k. Ini merupakan anggaran saya sahaja.

Bila masa terbaik untuk ke Jepun
1) Untuk bermain salji, bulan Januari. Tetapi bandar sepeti Tokyo dan Osaka hanya bersalji dalam sehari atau dua sahaja dalam setahun. Bandar di bahagian utara Jepun seperti Sapporo. Sendai, Akita bersalji lebih dari 3 bulan!
2) Elakkan bulan Julai kerana ia musim taufan. Angin kuat!
3) Mahu melihat sakura berkembang? Waktu sakura mengembang bergantung kepada lokasi dan tahan hanya seminggu sahaja. Boleh rujuk link berikut-->http://www.japan-guide.com/e/e2011_when.html
4) Disneyland Tokyo? Saya tidak begitu enjoy di sini. Sebabnya semua penjelasan, pengumuman..semua kebanyakan dalam bahasa Jepun. Teringat bila masuk rumah hantu, ada penceritaan..orang lain semua menjerit ketakutan..tapi saya terpinga2 tidak faham apa yang diceritkan, siap menguap2 boring.. Mungkin kita boleh lihat kemegahana bangunan dan suasana Disney, tetapi mungkin kita tak faham arahan, walhal ingin pesan makan pun payah.
5) Musim bunga adalah masa yang paling seronok. Di Hokkaido musim bunganya panjang dari bulan 5 hingga bulan 8. Macam-macam jenis bunga, tulip, bunga matahari, ros, termasuk juga memetik buah-buahan, strawberi, anggur, lain, ceri. Seronok betul.

Semoga bermanfaat.

Entri berkaitan visa menghadiri persidangan/seminar/latihan--> http://kadoridesuyo.blogspot.com/2012/07/persidangan-seminar-kursus-di-jepun.html
 

70 comments:

Anonymous said...

Salam, tuan ada penginapan yang murah, plez advise..tq budiman, bicarabudi@hotmail.com

ajiroh said...

kalau dah beli tiket flight. tapi tak lepas buat visa mcm mana tu?

kadori-san said...

Cik Anon,
murah adalah relatif

ajiroh,
bersedia lah untuk dinafikan melepasi imegresen di airport jepun, melangok la kat airport tunggu flight balik

ajiroh said...

so kena apply visa dulu baru beli tiket flight?

kadori-san said...

kalau ikut prosedur di embassy Jepun, tiket flight x wajib tunjuk masa apply visa
cukup isi borang itinerary..dah lulus visa 3 hari waktu bekerja, boleh la beli tiket
apply dulu le

Sasha said...

salam. saya br terbaca blog saudara. saya nak tau mcm mana nak apply visa jepun kalau ada kawan bekerja di sana. saya dah tgk website visa jepun tu. itinerary tu nak isi apa? alamat kawan saya yg menetap di sana ke? lagi satu yang gurantor tu, kira kawan saya lah kan? perlu ke dia bt invitation letter? tp invitation letter nak tulis ape pulak? harap saudara boleh bantu.

kadori-san said...

1) isi rancangan jadual perjalanan sedari dalam itinerary, hari pertama pergi mana, kedua pergi mana..sampai la hari kepulangan
2) X perlukan guarantor, hanya perlu tunjukkan bukti dari bank yang dalam akaun ada jumlah terkumpul at least RM10k.
3) Kalau kawan tu nak jadi guarantor, baca ini dalam web:
"*In case the guarantor bears the expenses, he/she must submit his/her income and residence certificate in Japan"
DAN
"8. A guarantee letter (downloadable). If the guarantor is a foreigner, please include a copy of his/her passport and visa page or copy of alien registration card (both sides)"

apa pun rujuk kepada konsulat Jepun berdekatan utk syarat terkini

hisyam said...

kadori-san, saye n rakan2 dh plan nk gi melncong ke jepun n melawat rakan kmai di sana n in fact kitorg dh bli tket...as a student we did not aspect to have at least 10k in our bank account...we will stay there for 5 days...so mcm mna tu?

kadori-san said...

hisyam,
better pergi kedutaan jepun utk pertanyaan spesifik
mungkin ibu bapa boleh menjadi penjamin.. pergi cepat supaya masalah dpt diselesaikan segera, takut visa x lepas

Anonymous said...

salam..saya akan ke jepun pada 12 dec ni..perlu ka saya tulis itinerary secara detail untuk submit kat kedutaan

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kadori-san said...

isi borang itinerary selengkap yang boleh
hari pertama pergi mana, bermalam di mana
hari kedua ke mana, bermalam di mana
Cth
13 Dec -Arrive at Narita Airport
- rest at Hotel Doraemon
14 Dec - Sightseeing at Shibuya area
- Shopping at Akihabara
- night stay at Hotel Naruto
....
20 Dec - Depart from Narita Airport

Anonymous said...

TQ kadori-san..

Anonymous said...

TQ kadori-san..

ajiroh said...

aku baru je ke jepun bln september lepas. sng jer nak apply visit visa...yg penting kena ada return tiket flight, hotel booking, statement bank 3bln, employment certificate. lepas tu buat la schedule of stay(itinerary) yg simple jer,isi form, bwk gamba paspot pastu g la ke kedutaan jepun.

** make sure dlm akaun bank kena ada byk duit sbb kat jepun blanje mahal.

kadori-san said...

ajiroh: tahniah dah lepas ye

ada kawan2 saya yg apply di konsulat Jepun di Sabah dan Penang, depa banyak songeh..kalau Kedutaan di KL ok je once dah ada semua dokumen

ajiroh said...

alhamdulillah .. berjaya gak sampai jepun.. tp hari tu g time musim panas.. cuaca lebih kurang msia jer... nnt kalau ade rezeki nk g lagi time musim bunga plak..

Anonymous said...

Rabu ni saya nak apply visa ke jepun kat kedutaan jepun di penang.harap2 ok la..ajiroh bwk bekal makan dr mesia ka or beli ja kat sana..ada beli JR rail pass x

Anonymous said...

Thanks for making this blog...saya dan anak buah akan ke Jepun Dec ini..saya dah terbaca keperluan untuk membuat visa cuma nak tahu sekiranya boleh membawa makanan seperti maggie mee dan minuman instant 3 in 1 coffee atau tak boleh....

ajiroh said...
This comment has been removed by the author.
kadori-san said...

Anon1: boleh bawa makanan kering spt megi, instant coffee, instant rendang etc.

Anon1 n Ajirah: kalau di Tokyo, ada banyak syarikat keretapi selain JR. Oleh sebab itu, JR pass tidak boleh dipakai untuk semua keretapi.

Anonymous said...

aku pegi 7 hari..nak beli jr pass for 7 days travel dr osaka ke tokyo..bahagian gurantor tu x perlu isi kan dlm visa form..

ajiroh said...

anonymous, tak perlu kalau tak ade guarantor kat sana. aku hari tu bwk mcm2 makanan siap ada bwg,rendang ayam,sardin. nasib baik dorg tak cek pon kat epot sana. so lepas jer suma tu. tp kalau nasib tak baik kena cek mmg sangkutlah.

Anonymous said...

visa dh lepas..hehe..sok nak p amik JR rail pass plak..

ajiroh said...

congrats! anonymous, 1st time g jepun ke? g watpe? makan angin ke?

Anonymous said...

1st time..p holiday sana..

nurulain said...

ajiroh: hari tu ko apply visa kene ad rm10k ke dlm bank?

nuruladeq said...

en. ajiroh, utk visa tu statement bank 3 bln? kena ade RM 10K ke???? kalo tiap2 bln ade duit gaji n kuar masuk je cane? i ni dah le da beli tix me, ngn pama skali..reply me plizzz nuruladeq@yahoo.com

putra.3066 said...

salam bro klu duit dlm bank aku xcukupkn,nk gunakan bawah tggung keluarga cmmn prosedur nk buat ya

putra.3066 said...

salam bro aku skrg duit xdelh 10k tu,klu pergi atas tanggunan family cmmn prosedur nk apply visa tu.?

ajiroh said...

kalo g same2 family xde masalah kot..cube tanye embassy.aku x sure sgt min brape. tp aku suggest kena ada duit byk g sane

Anonymous said...

Salam..saya dh selamat pergi dan pulang ke Jepun on 12-18 dec lepas..sempat ke Tokyo,pusaka,kotor ngan Hiroshima..Kalu nak p ngan famili buat surat tanggungan yang menyatakan nama siapa yang kita tanggung..justeru a simpan letter submit kat emmbassy..

Anonymous said...

Lupa nak habaq Kalu nak guna tanggungan famili kena bagi acount statement parent,surat beranak ngan surat menyatakan parent kita sponsor perbelanjaan kat sana..kalaulah parent ikut sekali guna depa nya statement bank ja la...kalu emmbassy kat Penang dia mau min 10k seorang kat dalam statement...emmbassy lain x tau la..

Anonymous said...

Arrived home from our Japan trip yesterday...been fun getting lost at Tokyo and you can easily found your way out by ASKING the friendly japanese people even some they know little english but you still can understand them saying..so don't worry about communication... went to Hakuba Goryu for snowboarding experience via Shinkansen from Tokyo Central to Nagano which takes only an hour a half than by bus to the Hakuba mountain for about less an hour...
Thanks for the info about bringing in the DRY FOODs which is very important if you like to save some of your travel money.... enjoy Japan....

hashimy said...

Selamat tiba dari Haneda semalam.Pergi ke Osaka dulu pada 6 Jan 2012.Tiba jam 1530hrs.di Kansai airport,beli tiket keretapi & Shinkansen dari airport ke Shinagawa Station Tokyo. Kena tambah lagi 14,800 yen.Jam 2100hrs baru tiba Tokyo. So lama juga. Ada baiknya beli tiket terus ke Haneda walaupun asalnya mahal sikit dari KL ke Haneda. Anyway pengalaman turun di Kansai airport dan naik Shinkansen ke Tokyo..
Pergi Yamanashi dekat Gunung Fuji.Sejuk sesangat masa ni. dapat gak lihat snow turun. OK lah Jepun Sayoonara....

ajiroh said...
This comment has been removed by the author.
girl said...

tumpang tanya, serunding tu kira makanan kering ke? boleh ke bawak beras? takot susah nak jumpa kat sana?

kadori-san said...

serunding boleh bawa

utk makluman, beras ialah barang kawalan malaysia. Jadi x boleh bawa keluar dari malaysia lebih dari 2 kg, kalau x akan didakwa menyeludup. Orang jepun makan nasi, merata2 boleh jumpa beras..even nasi instant pon ada jual kat 7-11 di sana. Tapinya beras jepun la..melekit2 sikit macam sushi

girl said...

OOO. kena bawak beras sini la. kang jadi sushi serunding laks. kalau bawak sambal tumis ok tak? sikit je. nak g dalam seminggu holiday. dua orang je. takot susah nak cari tempat halal :)

zaifa said...

saya akan ke osaka pada bulan april, blh berikan keprluan yg perlu di bawa? ini trip dr syarikat, adakah company yg akan memohon visa? kerana kami tidak dimaklumkan untuk keperluan memohon visa, tq

ajiroh said...

girl : kalau g seminggu jer.. bwk jer beras sini sikit.. mknn lain pon try je bwk..tp jgn bwk buah2/sayur2 lak..

zaifa : kena tanya company la pasal visa..tp u kena g apply sndiri gak.

ajiroh said...
This comment has been removed by the author.
hisyam said...

YAPTA~~~!! visa dah approved! Alhamdulillah...I apply kat penang n staff2 kt situ ok je..x fussy pon..

MadhiahMohdGhazali said...

so memang kena ada 10K lah ? kalau pegi dengan family untuk lawat family kat sana, kena tunjuk acc statement parents or semua ?

Anonymous said...

kalau saya pergi dgn dua org anak, 10k dlm bank statement unt apply visa bagi 3 org ok ? anak2 saya perlu juga surat akuan dari sekolah dan universiti atau cukup dgn surat majikan saya.

jan jann said...

as-salam..plan to tokya jan'13...bole suggest hotel yg murah x kt sana, camne nak book? transportation senang ke tuan??? mohon di bantu :)

jan jann said...

as-salam--plan to tokyo next jan'13...bole suggest hotel2 murah ke tuan....travel trip pki agent or any itenary bole share tuan?? trip 7pax tuan..mohon bantuan

Anonymous said...

as-salam--plan to tokyo next jan'13...bole suggest hotel2 murah ke tuan....travel trip pki agent or any itenary bole share tuan?? trip 7pax tuan..mohon bantuan

nuruladeq said...

assalamualaikum~
alhamdulillah berjaya ke tokyo dgn jayanya bln dua hari tu walaupun hanya 3 hari T_T sbb nak pegi jugak2..
jepun sgt senang utk p sendiri tp masalah yg terbesar adalah makanan hehe
utk org yg p 3 hari macam kami,setiap pagi sebelum keluar sarapan megi dgn serunding(sedap!)..pastu abah bawak 1 beg stok makanan (roti,biskut,etc) everyday so jalan2,penat..rehat tepi jalan makan,sampai atas ferris wheel pun makan biskut..
tp konbini everywhere so leh cari pisang,etc hehe mlm baru p kedai halal..dapatlah cari mknn berat skt..
hari ke2 cari kedai x jumpa so tak makan nasi :C
merasa solat kat park,sejuk!
apepun mmg besst lah jepun

nuruladeq said...

jan jann~
hotel kalo cari yg jenis dorm/hostel sgt murah..satu kepala boleh dpt <RM100/mlm tp bilik air kat luar, share..so kalo perempuan rasa agak payah esp kalo nak mandi solat kena kuar pakai tudung..dorm ade yg mix L/P ade yg x..
sy book melalui booking.com, cuak gak mula2 sbb die xde langsung amik deposit/ape2 caj..tp bile emel hotel tu sendiri mmg die confirm kan. cume bile nak book hotel ade hotel x boleh book direct, mesti melalui booking.com/ agoda/ etc(tp ade hotel yg boleh)
sy duduk di Horidome Villa dgn harga lbh krg RM170 small double room. so 1kepala <RM100 (sgt murah utk kt jepun)
http://www.horidomevilla.jp/e/guide.html
pro:
-sgt dekat dgn station ningyocho & kodenmacho - so kalo balik mlm2 kepenatan xpayah jln jauh2(sbb utama pilih hotel ni)
-ade direct train dari haneda ke ningyocho
-murah
-bersih(haruslah bg hotel2 kt jepun)
-free internet, towel, toiletteries, green tea, kettle, kopi & wifi kt lobby
-boleh simpankan luggage after check out
-kalo hujan ade banyak payung kt lobby :) (pinjam je!)

cons:
-ningyocho & kodenmacho bkn JR, so JR pass xleh gune (sy p 3 hari jd guna PASMO card je), station JR yg plg dekat KANDA..agak jauh rasanya tp xnah p
-ningyocho subway - so bila sampai dgn beg yg banyak & berat,jenohlaa nak naik tangga angkut beg (kami xjumpa lif - xtau ade ke x)
-hotel room kecik, tp rasanya sume mcm tu kat jepun kecuali yg mahal2 tu..
-xde wifi kt bilik, hanya kabel shj so bwk lah lappy/ netbook ye

review kt booking.com
http://www.booking.com/hotel/jp/horidome-villa.en-gb.html?aid=342609;sid=8dcb3dc1a82d9074c32f93de552e8bb2;dcid=1

ajiroh said...

wah pegi 3 hari mmg tak puas lah.. paling kurg kena g seminggu

ajiroh said...

wah pegi 3 hari mmg tak puas lah.paling kurang kena g seminggu

nuruladeq said...

Huu tau xpe. Ate gatai nak p gak bkn cuti skolah(sbb tix promo airasia)..ckgu mane leh amik cuti bnyk2..

arsenad said...

Salam...
Tumpang tanya..

Husband sy pemegang re entry permit visa Japan. Dia keja n tinggal kat sana.
Saya plan nak visit dia di sana in oct/nov ni untuk 2minggu...

Soalan...sy perlu ada 10k ke dlm account or sy blh guna husband sy as guarantor?

Time kaseh :-)

AKMAL said...

boleh tak sapa2 listkan apa keperluan sebenar nak apply visa Jepun ni..pening plak...cari tak jumpa..tima kasih..plan nak g Feb 2013. tiket dah bli..air asia promo..

nuruladeq said...

@akmal san, keperluan visa:

http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html

btw, tiket promo air asia tu RM berapa ye? iskk ase cam nk p jepun tiap2 taun je

ajiroh said...

tiket promo leh dpt 7 8 ratus kot.. same la rase nak g jer jepun lg .. huuhuh

Asbaro said...

sy akan pergi ke jepun nov ni..maybe sampai haneda airport pkol 11-12 malam..so transport from airport mcmna??

Anonymous said...

Asbaro,
Ke Tokyo November , date?? Coz sy kesana dgn family jg in November...

Anonymous said...

salam..bro,macam nak amik duit kat sana?adakah kita kena bawak cash?ada tak ATM kat jepun yang boleh kita withdraw guna kad atm malaysia?

Anonymous said...

boleh terangkan tak pasal JR tu apa?company ke?macam rapid kl dengan KTM ke?

Anonymous said...

apa beza visa biasa dengan mutiple visa utk orang malaysia?yang mana patut kita apply?

ajiroh said...

asbaro - tak sure. kalau pukul 12 mungkin ade lg train, monorail, bas.
- boleh withdraw, tp activekan dlu pengeluaran oversea.
-yup. kat jepun ade train bkn JR. so yg tu kena beli tiket lain.
- single entry visa utk skali masuk. multipe entry visa utk masuk byk kali sampai tarikh visa luput.

ajiroh said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tq bro ajiroh.kalau JR kat sana dapat beli tiket dari dorang kan?ada yang saya dengar kena beli kat malaysia dulu.

eyyka said...

Rasenye mcm sy kenal bro ajiroh ni..kwn lama sy kan..huhu..sy nak p jepun bulan 6 ni...p musim bunga mst cantik..sapa nak join?

ajiroh said...

hi eyyka. best nye..! teringin nak pegi lg..

rull wesley said...

nak pegi japan awal feb nie...tiket, penginapan semua dah book tp visa tak apply lg...harap2 visa lepas....

rull wesley said...

cannot wait to visit Japan this early Feb 2013...tiket and tempat tinggal dah settle..cuma visa je belum lg...harap2 lepas n takde masalah

qysha sha said...

Nk tnya so perlu ke bli JR pass?ingt nk bli..to rsnye brguna ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...