Tuesday, August 28, 2018

Kesahan Instrumen

Dr boleh sahkan instrumen saya?

KESAHAN INSTRUMEN

Setiap tahun pasti datang musim pelajar terutamanya yang membuat kajian sains sosial seperti bidang pendidikan mencari pakar untuk mengesahkan instrumen kajian penyelidikan tahun akhir mereka. Atau mungkin peringkat pascasiswazah

Instrumen yang dimaksudkan adalah seperti soalan temubual, borang soal selidik, modul, ujian diagnostik dan sebagainya untuk mengukur sesuatu yang ingin dikaji.

Tapi tahukah anda apa tujuan mendapatkan kesahan bagi instrumen anda?

Bukan sebab penyelia suruh.

Bukan sebab senior buat, ikut saja.

Bukan sebab proses nampak gempak.

Sebelum kita nak ukur sesuatu contoh minat membaca, kita kena ada alat pengukur.

Nak ukur berat pakai penimbang.

Nak ukur tinggi pakai pembaris.

Tetapi dalam sains sosial, alat pengukur ini adalah instrumen yang saya nyatakan awal2 tadi.

Untuk pastikan instrumen anda ini mengukur apa yang ingin betul2 diukur, maka proses kesahan diperlukan.

Kita tak mahu penimbang digunakan untuk ukur panjang, pembaris guna ukur berat.

Jadi macam mana nak pastikan instrumen kita sah?

Sunday, July 29, 2018

Google Map Sapporo

Lokasi restoran, cafe halal di Sapporohttps://goo.gl/maps/drQDXmVKphn

Spot Sekitar Sapporohttps://goo.gl/maps/EMydU7Ninn72

Kedai Menarik Sekitar Tanukikoji Sapporo (Ala2 petaling street/jalan TAR) : https://goo.gl/maps/MpHTeznCSn12

Tanukikoji 1 Choume

  • Shichi Kuraya (質蔵屋)- Jam, Beg, Aksesori Terpakai Berjenama

  • Janbara (じゃんばら)- Gajet Terpakai  (Apple, Android, PC, Mac, etc)


Tanukikoji 2 Choume

  • DAISO (ダイソー)- Kedai 100 yen, 5 Tingkat

  • Kanariya (カナリヤ)- Kedai Kain dan Peralatan Menjahit &Kraf, 5 Tingkat. Aras bawah sekali ada fabrik dengan corak Jepun.


Tanukikoji 3 Choume

  • 2nd Street (セカンドストリート) - Jam, Beg, Pakai Terpakai (lebih kepada barangan berjenama)

  • The Gold (ザ。ゴルド)- Jam, Beg, Aksesori Terpakai Berjenama


Tanukikoji 4 Choume

  • Indian Food Dining JYOTI (インディアンフードダイニング ジョーティ)- Hidangan halal

  • 2nd Street (セカンドストリート)- Jam, Beg, Pakai Terpakai (lebih kepada barangan remaja)

  • Donki Hote (ドンキ)- Kedai pelbagai, kostum, pakaian ranggi, gajet, etc. OPEN 24 hours.


Tanukikoji 5 Choume

  • Calbee Plaza (カルビープラザ) - Kit Kat pelbagai perasa, produk Nescafe & Calbee

  • Rabu Neko (らぶねこ)- cafe kucing (nekokafe), sambil lepak sambil main dengan kucing.

  • Iki Laboratory (イキラボ)- Hidangan halal


Tanukikoji 7 Choume

  • Raw Food Cafe LOHAS (ローフードカフェロハス)  - Hidangan halal


Tanukikoji 9 Choume

  • Kitanekoya (きたねこや)- cafe kucing (nekokafe), sambil lepak sambil main dengan kucing.


 

BELUM DIKEMASKINI..huhu

+ Masuk percuma

Spot Wajib Sapporo :

  • Sapporo Clock a.k.a Tokeidai

Friday, July 27, 2018

Cadangan Tempat Menarik Hokkaido - Luar Sapporo (selain Musim Sejuk)

Saya senaraikan tempat-tempat menarik untuk dilawati terutamanya jika anda memandu di Hokkaido (luar Sapporo) di waktu-waktu selain musim sejuk iaitu (Mei ke Oktober).
Bulan melawat yang sesuai saya letakkan dalam kurungan.

Tempat2 tersebut saya tandakan dan senaraikan dalam Google Map: https://goo.gl/maps/T5PN3nCXCwC2

akses bergantung kepada musim, sila selidik sebelum pergi
masuk percuma

UTARA SAPPORO

*U1-Himawari no Sato, Hokuryu (7,8)
Mapcode: 179-870-733
Info: Ladang Bunga Matahari Terbesar di Jepun, seluas mata memandang.

+U2 Shirahige Waterfall, Biei (1~12)
Mapcode 796182604
Info: Keindahan air terjun semua jadi.

+U3 Shirogane Blue Pond, Biei (1~12)
Mapcode 349 568 888
Info: Tasik buatan berwarna biru kerana mineral yang terkumpul. Tiada fasiliti tandas di kawasan ini.

+*U4 Shikisai no Oka, Biei (5~10 untuk bunga)
Mapcode 349 701 160
Info: Jenis bunga bergantung musim. Ladang bunga dengan pelbagai fasiliti. Popular dengan laman bunga pelbagai lapisan berwarna warni.

+*U5 Farm Tomita, Naka Furano (5~10 untuk bunga)
Info: Bunga ikut musim. Ladang bunga dengan pelbagai fasiliti. Popular dengan lavender.

+*U6 Furano Jam Garden, Furano (1~12)
Info: Bersebelahan dengan Anpanman Park (character popular Jepun ala Boboiboy). Pelbagai jam buah-buahan (selain buah tropika)  boleh di dapati di sini.

*Kamiyuubetsu Tulip Farm (5~6)
Info: Ladang tulip terbesar di Hokkaido

*Takinoue Park Shibazakura (5~6)
Info: Pink Moss, bunga pink tumbuh melata melitupi bukit yang luas.

*Oozora Town Shibazakura Town (5~6)
Info: Pink Moss, bunga pink tumbuh melata melitupi bukit yang luas.

BARAT SAPPORO


+B1 Otaru Canal, Otaru (1~12)
Info: Bergambar di Otaru Canal, panorama ala Eropah.

+B2 Sakaimichi Street, Otaru (1~12)
Info: Berjalan sepanjang jalan Sakaemachi dari Otaru Canal hingga Musical Box Museum
Makan Halal dan Solat di Donburi Chaya (di tengah Sakaimachi Street)
Singgah di kedai Pelbagai Jualan dan Kraf di sepanjang Sakaemachi. ~17:00 (kebanyakan kedai tutup pukul 5)

*B3 Yamamoto Fruit Orchad, Yoichi (6~11)
Info: Fruit Picking dan makan buah tanpa henti, tanpa had masa di ladang. Jenis buah ikut musim, periksa dulu sebelum datang atau boleh tanya kaunter jenis buah yang boleh dipetik. Peralatan seperti pisau, bakul dan tangga disediakan.

+*B3 Masjid Al Noor, Otaru (1~12)
Info: Ziarah dan solat. Salah satu dari dua masjid yang ada di Hokkaido. Satu lagi ialah Masjid Sapporo

SELATAN SAPPORO

%* S1 Jigokudani Hell Valley, Noboribetsu (1~12)
Info: Kawah gunung berapi.

% S2 Oyunuma Natural Footbath, Noboribetsu (1~12)
Info: Rendam kaki dalam air panas, dengan suasana indah.

S3 Date Jidaimura, Noboribetsu (1~12)
Info: Perkampungan zaman Edo also known as Perkampungan Ninja.

S4 Noboribetsu Marine Park NIXE (1~12)
Info: Ada penguin walk. Taman tema marin yang menarik.

S5 Bear Park, Noboribetsu (1~12)
Info: Taman beruang. Pelbagai jenis beruang ada.

Banyak lagi tempat saya belum tanda dan senaraikan.
Mohon komen jika anda ingin cadangkan tempat2 tersebut.

Sunday, July 15, 2018

Makanan Halal di Nara, Jepun

Minggu lalu saya menghadiri persidangan di Nara, Jepun.

Saya berkesempatan cuba beberapa hidangan berat yang halal, iAllah.

Saya susun ikut kesedapan.

Lokasi saya tandakan di peta berikut.



A) Kebab Turki

Web: https://www.halal-navi.com/restaurant/kebab-shop/dqm0woxulyxw5y21

Kali pertama saya datang pukul 6 ptg dah habis.
Hari ke-2, saya datang pukul 5 ptg tinggal sikit lagi, alhamdulillah sempat merasa.
Yang saya pegang ni kebab sandwich harga JPY500. Waktu dingin2 makan memang sedap.
Tapi sebenarnya di pasar malam Malaysia lagi sedap.





B) Renesa Asian Restaurant

Web: https://www.halal-navi.com/restaurant/renesa-asian-restaurant/8ly4j48ude3w06xq (English)
Lokasi: Di lorong berbumbung, beberapa langkah saja dari warung turki kebab A.

Restoran ini ada jual tomyam, mee goreng dan nasi goreng.
Harga sedikit mahal.
Saya cuba beriyani kambing.
Rasa macam nasi minyak orang kahwin.
Macam tak sepadan dengan harga JPY1,600, mahal sangat.
Sebab saya pernah rasa beriyani kambing yang lagi sedap di Sapporo harga bawah JPY1,000.







C) Nara Machi Jinniyah
Web: http://halalramen.jp (English & 日本語)
Lokasi: Nara Machi (agak jauh dari laluan utama Sanjo-dori)

Saya cuba Cold Tomato Ramen with Chicken, tapi saya minta yang panas.
Rasa lebih kurang macam mee rebus, ayam keras dan berbau.
Mungkin ayam sejuk beku.
Kalau sekadar merasa bolehlah, tapi saya tak ulang lagi rasanya akan datang.
Dengan harga JPY1,120 saya lebih suka beli dua kebab turki di atas.



D) Tendon Makino (TIADA PENGESAHAN HALAL YA)

Web: https://www.toridoll.com/shop/search/store?id=111016 (日本語)
Lokasi: Senang nak jumpa, sebab terletak antara Daiso & Mister Donut di laluan belakang Station Kintetsu Nara atau sederet dgn McD.

Walaupun tempura guna sayuran dan hidupan laut, kita kena pastikan sama ada minyak gorengan yang sama digunakan untuk ayam dan babi.
Banyak-banyak kedai yang saya sempat lalu, restoran ini sahaja yang tidak jual tempura daging (ayam/babi).
Saya tengok menu yang ditawarkan semuanya tempura ikan, sotong, sayuran, belut..yang bukan daging.
Dia goreng depan kita.
Harga pun berpatutan.
Saya pesan tendon seperti dalam gambar harga JPY1,200.
Tendon ni ialah nasi kosong yang ditimbuni tempura, jadi bawah timbunan tempura ada nasi sebenarnya lalu disiram kicap.
Berbaloi & kenyang! Cuma takde sambal la pula.





E) SASHIMI  (TIADA PENGESAHAN HALAL YA)

Anda boleh juga pergi ke mana-mana pasar raya untuk beli sashimi di bahagian makanan laut.
Boleh la makan dengan roti ke, atau nasi segera untuk sumber protein.



Nikmati Nara!

Sunday, June 10, 2018

Sapporo - Kutchan

Hari ini aku ke Kutchan, bandar kecil di Selatan Sapporo.
Walaupun berpuasa, bukan halangan.
Lagipun, berjalan-jalan terapi..hehe

Tujuannya hanya satu, menikmat Shibazakura (Pink Moss) di sebuah taman persendirian iaitu Mishima-san's Shibazakura ( 三島さんちの芝桜) yang terletak kira-kira 1km dari Stesyen Kereta Api Kutchan.
Boleh taip "shibazakura kutchan" untuk info-info yang orang lain tulis pasal tempat ni.
Ada lagi dua lagi spot kawasan shibazakura ni yang lebih luas giler iaitu di Takinoue dan Higashimokoto (terbesar di Jepun), kedua-duanya di utara Sapporo.

Dua-dua tempat aku dah pergi, tinggal yang Kutchan ni saja belum.



Tetapi aku naik Bas Chuo (Niseko Line) dari Terminal Bas Sapporo Mae (Platform 1) terus ke perhentian bas berdekatan Kutchan Jyujigai (倶知安十字街) ambil masa 2 jam setengah.

Harga tiket pergi balik JPY3,350 boleh beli dalam bas, jimat JPY350 daripada beli asing-asing.
Tiketnya comel bebenor, jangan lah terhilangkan.


Kalau naik tren kena tukar stesyen di Otaru, malaslah..baik ambil bas, tidur atau nikmati permandangan luar.
Yang bagusnya bas ni sediakan plug untuk caj henfon (soket warna putih dalam gambar).





Ni rasanya rumah pemilik taman.
Bila dia dah pencen, luangkan masa bercucuk tanam bunga-bungaan ini.
Setiap tahun makin meluas kawasan tanamannya.



Ha! Cantik kan? kan?



Patutnya nampak Gunung Yotei, adik beradik Gunung Fuji kat belakang tu, tapi diselimuti awan pula.
Tiada rezeki.



Parit pun cantik kan? Jernih airnya, datangnya dari mata air bukit yang mengalir.



Ada anjing palsu di situ.



Kecil saja bunganya.



Ini bunga canola, yang buat minyak sayuran tu..


Sampah jangan merata-rata, pandai buat sampah, pi bawak balik sendiri.

Waktu sesuai untuk melawat ialah minggu terakhir Mei dan minggu pertama Jun.
Alhamdulillah sempat datang, rasanya minggu depan gondol semua.
Yang ada ni pun dah mula kecut-kecut bunganya.

Kutchan ni pekan yang terkenal untuk ski musim sejuk sebenarnya.
Jadi, selain ke taman ini bolehlah luangkan masa ke kedai-kedai cenderamata berdekatan Stesyen Kutchan.

Jadual bas dan tren tak banyak dalam sehari.
Jadi kena betul-betul rancang jangan sampai terlepas bas/tren.

Aku bertolak dari Sapporo 8:30 pagi sampai Kutchan 11:00 pagi.
Jalan kaki dalam 20 minit berlenggang2 ke taman, tak rasa penat sebab suhu dingin sekitar 17 Celcius.
Bertolak pulang 14:00 sampai Sapporo 16:30.
Semoga bermanfaat.

Pautan berguna:
http://teikan.chuo-bus.co.jp
https://good-hokkaido.info/en/mishima-private-garden-kucchan/

Akhir sekali, pesanan hari raya untuk peminat2 di luar sana..haha
#HidupDiSapporo

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=pSBwLKJoxfc[/embedyt]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...