Tuesday, November 30, 2010

Iman NY berhenti sekolah

Pagi ini Abi ke sekolah (pusat asuhan kanak-kanak) Iman untuk mengambil barang-barang yang masih tertinggal. Abi dan Ummi sepakat berhentikan sekolah Iman. Semalam salji turun berterusan sehingga hendak berjalan pun susah. Jalan licin. Kalau hendak gunakan perkhidmatan jemput dan hantar harus tambah JPY8,000 (~RM300). Tak berbaloi la pula, padahal duit itu boleh juga dibuat bayar ansuran bulanan kereta Kancil Ummi. Kalau Ummi hantar naik kereta risau pula kereta menggelungsur. Pengalaman hampir terlanggar kereta dihadapan apabila kereta menggelungsur walaupun sudah ditekan brek menjadi trauma tak berkesudahan bagi Ummi.

Di sekolah Iman, Abi beritahu Cikgu Iman yang Iman dan Ummi akan balik ke Malaysia minggu depan. Malas Abi nak ceritakan sebab-sebabnya dengan terperinci. Nanti entah apa yang dibalaskan Cikgunya. Senang cerita Iman balik Malaysia, jadi mahu berhenti sekolah.Harap-harap tidak terserempak dengan cikgu-cikgu Iman di mana-mana.

Di pintu masuk sekolah Iman, Abi dikerumuni kawan-kawan Iman
"Iman-chan doko?" (Di mana Iman?)
"Byouin ni itta?" (Pergi Hospital?)
"Mareeshia ni kaeru no?" (Balik Malaysia?)
"Iman-chan ga kawaii!" (Iman comel.)

Tiba-tiba Abi berasa bersalah memutuskan ikatan persahabatan Iman dan kawan-kawannya yang baru berputik sejak 4 bulan yang lalu. Lalu Abi teringat anak kawan-kawan Abi yang terpaksa meninggalkan kawan-kawan sekolah mereka setelah tamat pengajian. Semua merindukan kenangan bersama. Inilah kehidupan. Selepas ini Iman akan lupa perkataan "Sensei" yang sering disebut. Jadilah Iman peneman Ummi sepanjang masa.

Perkataan baru:
Akachan (Bayi)
Kawaii (Comel)
Oishii (Sedap)
Apple (Epal)
Banana (Pisang)
Nani? (Apa?)
Air

Gelagat :
Buang Sampah Plastik dalam tong sampah
Letak sudu yang dipakai dalam sinki
Senyum mengada-ada.
Tunjuk ke dapur dan sebut "Air! Air"

Friday, November 19, 2010

Demonstrasi Mathematica : Fano Resonance

Saya menerima e-mail dari Wolfram Demonstration Team.
Seminggu lalu saya telah menghantar Demonstrasi Mathematica untuk di'terbit'kan di laman web Mathematica.
Nampaknya sumbangan kecil saya diterima. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang berkenaan dalam bidang ini.
+++++++++++++++++++++++++++++
Your submission to the Wolfram Demonstrations Project
Dear Shahrul Kadri,

We are happy to inform you that your submission Fano Resonance to the Wolfram Demonstrations Project has been accepted for publication.

Your Demonstration will now be available to all visitors to the Wolfram Demonstrations Project site.

The permanent URL for your Demonstration is:

We encourage you to cite this Demonstration in other publications, and to send a link to the Demonstration to anyone you feel is appropriate.

Please let us know if you have any questions. We look forward to receiving further Demonstrations from you in the future.

Thank you for being a part of the Wolfram Demonstrations Project.

Sincerely,

Wolfram Demonstrations Team
Wolfram Research

Monday, November 15, 2010

MLM dan riba' pendapatan tambahan

Malam tadi aku sambung baca blog Adib Mu'addib (http://aididmuaddib.blogspot.com/) mengenai MLM. Aku cuba fahamkan muslihat di sebalik sistem ni. Siap bawa marker dan papan tulis ke bilik tidur untuk simulasikan sistem MLM ni. Ummi pun layan je la.. Jadi, aku mengistiharkan diri aku sebagai anti-MLM. Walaupun sistem piramid ni memang boleh menjamin kekayaan, tetapi mekanismanya membawa kepada rezeki yang HARAM. 

Sekarang ni bukan main ramai lagi orang yang terjebak masuk ke MLM ni. Aku naik menyampah kalau orang tag di Facebook dengan gambar-gambar duit. Iklan tepi di Berita Harian Online pun memuakkan aku. Gambar bersama BMW, duit bersusun... yang membuatkan aku lagi muak ialah orang-orangnya bertudung sopan. Mereka tak sedar ke yang duit yg diorang dapat tu tak berkat. Kemudian sesuka hati tulis pendapatan halal tanpa ada panel syariah yang menilai apa yang diorang buat.

Sekarang ini macam-macam cara orang nak dapat duit. Macam-macam muslihat. Islam hanya pada nama, solat hanyalah sebagai ritual..tiada pengisian. Pada suatu ketika, aku teringin juga menyertai pelaburan emas. Tetapi melalui pembacaan aku ternyata pelaburan emas membawa kepada risiki riba. Cukuplah fungsi emas itu sebagai menambak nilai wang, bukanlah sebagai komoditi yang didagangkan. Jadi aku pun kena jauhkan diri.


Sebelum itu aku pernah juga cuba mempelajari Foreign Exchange. Pun begitu berasa sangsi dengan keuntungan yang diperolehi, aku tinggalkan forex ini.

Kemudian aku berkira-kira untuk sertai ejen insurans. Tetapi aku juga rasa sangsi dengan sistem komisyen. Aku masih lagi mencari jawapan kepada persoalan komisyen ini sebab ia mirip kepada MLM. Pencarian kepada persoalan ini akan diteruskan. Walaupun riba itu berleluasa contohnya dalam pinjaman perumahan dan saham, tetapi adalah tanggungjawab kita untuk meminimumkan hasil riba itu dalam darah daging keluarga kita. Biarlah tidak kaya, asalkan tidak makan duit riba kerana seringan-ringan riba itu adalah seperti berzina dengan ibu sendiri.

“Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang menikahi (menzinai) ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya]. 

dipetik dari mykhilafah.com

Tuesday, November 9, 2010

Iman NY

Lagi sebulan Iman akan berumur 2 tahun. Kadang-kadang semacam tidak percaya yang diri ini bergelar bapa. Selama hampir 2 tahun ini juga banyak perkara yang Iman sudah pandai. Abi rasa malu sebab Abi sendiri belum habis belajar lagi. Buat bende yang sama tak juga selesai2.

Iman sekarang dah pandai
1- pakai baju, seluar, sarung kaki sendiri
2- makan suap sendiri, minum sendiri..kalau nak air Iman dah pandai sebut air
3- lepas makan Iman minta basuh tangan, siap kena sabun..kalau tidak merengek
4- Iman panggil Abi dan Ummi, "Sensei!"..puas di ajar sebut Ummi dan Abi, langsung tak mahu diikutnya. Tapi kalau ajar Papa, Mama, Emak, Nenek, boleh saja dia ikut. Geram betul.
5- Iman pandai main masak2, suap2 anak patung dia.
6- berterima kasih..sebut "Ato!" bagi singkatan arigatou.
7- kalau suruh buka baju untuk mandi, dia buka sendiri lepas tu ke bilik air
8- terbaring diam tunggu dipakaikan lampin
9- menyanyi dan berjoget sorang.. ulangtayang apa yang dibelajar disekolah

Tetapi ada perkara yang Iman kena juga buat
1- berhenti menyusu dengan Ummi
2- tidur sendiri tanpa dakapan Ummi/Abi
3- bangun tidur tanpa menangis
4- tidak keras kejung di depan orang lain

Apapun Abi bersyukur sebab Imam sihat. Cuma gigi ada kaviti sebab asyik melekat menyusu dengan Ummi.
Iman jarang sakit. Terima kasih Ummi kerana gigih menyusukan Iman walaupun sekarang Ummi tidak begitu sihat.

Minna, issho ni ganbatte ne!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...