Monday, November 2, 2015

Kisah Ntahapahapa di Restoran Terkemuka

Malam ini berlaku kejadian yang aku kira menyusahkan aku nak tidur.

Jadi baik aku tulis supaya apa yang dalam kepala boleh dikeluarkan.

Kejadian berlaku di sebuah restoran elit dekat dengan rumah aku.

Kami baru balik dari KL.

Jam pun sudah pukul 8:30 mlm dengan hujan renyai2.

Yang lain semua dah lapar, jadi keluar tol Tg Malim aku bawa lah terus ke restoran itu.

Pertama kali masuk.

Konon-konon special treat utk ummi.

Thursday, October 22, 2015

Pelajar Kelainan Upaya (PKU)

Hari ini ada mesyuarat keputusan peperiksaan.
Semester ini saya dikurniakan kelas ke-7 dan terakhir dalam turutan abjad.
Kebiasaannya, di sekolah kelas hujung ini dikumpulkan pelajar-pelajar corot.
Di universiti kadang-kala tidak menggambarkan sebegitu.
Namun ada kalanya sebegitu.

Thursday, October 8, 2015

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Dalam bidang sains sosial, kebolehpercayaan sesuatu instrumen boleh diuji dengan
1) pekali alfa Cronbach sekiranya instrumen mengukur respons dari segi darjah persetujuan sesuatu seperti tahap kepuasan.
2) KR20 sekiranya instrumen mengukur respons sama ada betul atau salah dan darjah kesukaran setiap item yang pelbagai seperti ujian diagnostik.
3) KR21 sekiranya instrumen mengukur respons sama ada betul atau salah dan darkah kesukaran setiap item dianggap sama seperti ujian diagnostik.

Monday, September 21, 2015

Sebulan Tanpa Kaca Mata

Pengalaman rawatan di PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE, Kajang dengan TeknikLasik RM7050 (Harga Promosi) untuk umur >35 thn membaiki rabun jauh dan dekat serentak.

Alhamdulillah genap sebulan aku tanpa kaca mata.
Perubahan ketara ialah aku tak lagi rasa mengantuk di awal malam.
Boleh buat kerja lama sampai tengah malam.
Aku dah tak rasa sakit tengkuk dan perit mata mengadap PC lama-lama.
Syukur sangat-sangat.

Jadi, aku nak kongsi apa yang aku ingat pada hari pembedahan.

Tuesday, September 1, 2015

Selamat Tinggal Kaca Mata

Alhamdullilah genap hari-10 tanpa kaca mata selepas hampir 20 tahun bersamanya.

Saya mula berkaca mata sejak Tingkatan 4 dengan kuasa -1.25. 

Kemudian semakin meningkat hingga ke -6.25 sebelum menjalani LASIK.

Saya selamat menjalani LASIK pada Jumaat 21 Ogos 2015 dengan Prof Muhaya Lasik and Eye Centre. 

Rasa janggal juga bila setiap kali mahu solat tangan akan ke sisi kepala untuk tanggalkan kaca mata.

InsyaAllah kalau berkelapangan akan tulis pengalaman menjalani LASIK.





Koleksi kaca mata yang digunakan dalam masa 5 tahun yang lalu.

Wednesday, August 26, 2015

Melukis Litar Elektronik dengan Fritzing

Kali ini saya ingin memperkenalkan satu freeware yang boleh digunakan untuk melukis gambar rajah litar, susunan atas papan projek dan layout untuk PCB.


Freeware tersebut boleh dimuatturun daripada http://fritzing.org/home/

Ada tutorial dan info lain berkenaan litar untuk menggunakannya.


Tetapi saya terus muat turun, dan gunakan ikut hati sahaja tanpa lihat tutorial.


Berikut ialah hasil pertama saya.

Memang mudah, hanya pilih dan seret komponen elektronik ke atas papan projek.
Kemudian atur-atur dan siap.


Boleh pilih tab Schematic dan PCB untuk lukisan skematik litar dan papan litar bercetak.

Cubalah!




 

Monday, April 6, 2015

Resipi Asas Sushi

Hari ini aku ambil cuti sempena cuti pertengahan semester.
Jadi, kesempatan diambil untuk memupuk minat memasak konon-kononnya sebagai terapi stress.
Hasilnya, tada...sushi!
Muat naik di FB, ramailah bertanya dari mana dapat ramuannya.
Baiklah, aku bagitahu resipi asas sushi.
Yang bab inti itu, ikut suka. Yang paling senang tuna dalam tin lenyek-lenyek, taruk mayonis.


Resipi Asas Sushi

1- Beras Jepun

2- Cuka sushi

3- Rumpai laut (nori / seaweed)

4- Air garam (larutkan satu sudu makan gula dengan dua cawan air)

Kesemuanya boleh di dapati di AEON.
Beras sumo ini ada juga dijual di TESCO, aku beli masa promo jimat 50%!
Cuka sushi pula ada di rak kaunter sushi. Ada cap halal uols!
Nori ada macam-macam jenis, tapi aku suka yang jenama NIKO ini sebab dia rangup dan cukup masin. Ada pelbagai saiz, ikut kemahuan sendiri. Insyaallah Halal sebab kandungan yang terpapar meyakinkan.

Cara-cara
1- Masak nasi ikut arahan.
2- Gaulkan nasi dengan cuka ikut sukatan yang diberi.
3- Untuk menggumpalkan nasi. basahkan tangan dengan air garam. Bentuk-bentukkan nasi ikut kemahuan. Kalau tangan sudah melekit, basahkan lagi dengan air garam. Tujuaan senang nak menggumpal dan sushi rasa macin-macin cikit baru sedap.

Aku selalu libatkan anak-anak untuk sama-sama gentel nasi sebagai aktiviti pengikat kasih-sayang gitew.

Pencicah

Untuk kicap, beli je apa-apa kicap cair di pasaran yang halal lagi murah. Yang dalam gambar kat atas tu aku beli RM3, sedap sama macam kicap sushi.

Untuk wasabi boleh beli di Daiso atau supermarket AEON. Pastikan ramuannya ya! 

Inti
A. Tuna Mayo
Gaulkan "tuna in water" dengan mayonis. Kalau nak lagi best, masukkan hirisan bawang merah.

B. Bebola bijan
Goreng bijan. Golekkan nasi pada bijan.

C. Salmon
Apa lagi..ikut resipi apa-apa.

D. Ikut kreativiti nak taruk apa, serunding pon boleh, Sambal sardin ke..haha..sushi malaysia.
Sesuai untuk bekal budak sekolah sebab nasi tak bercerai dan senang pegang.

Selamat mencuba!

Tuesday, January 20, 2015

Pencarian seorang pelajar Sarjana Fizik (Instrumentasi Optik)

Saya sedang mencari seorang calon pelajar sarjana fizik untuk tajuk penyelidikan di bawah ini.

David (pelajar Sarjana sejak September 2012) sedang

menyelenggarakan sistem penyepit optik.


Pelajar yang dikehendaki

  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fizik atau setaraf terutamanya berkaitan instrumentasi dan elektronik

  • berminat dalam pembangunan instrumentasi optik dan aplikasinya dalam pencirian bahan

  • fasih bertutur, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

  • sangat berdikari

  • di tawarkan Skim Pembantu Penyelidik dengan pengecualian yuran pengajian dan elaun tetap bulanan yang boleh dirunding (CGPA>3.00)




Skop tugas penyelidikan

  • mengantaramuka sistem penyepit optik dengan komputer menggunakan LabView/Mathlab/perisian berkaitan

  • membangunkan sistem tentukuran penyepit optik


Berminat? Hubungi  




 

Tajuk : Eksplorasi kelikatanjalan pada aras mikroskopik larutan nanoselulosa menggunakan penyepit optik.


Kata kunci : penyepit optik, nanoselulosa, kelikatanjalan
Nanoselulosa ialah sejenis bahan polimer yang terdiri daripada fibril selulosa bersaiz nano lazimnya bergaris pusat sekitar 5 hingga 20 nanometer dengan panjang sehingga 2000 nanometer [1]. Nanoselulosa menunjukkan kegunaan berpotensi seperti kertas nano yang mempunyai kekuatan 3000 kali ganda berbanding kertas pulpa biasa dan ia merupakan alternatif kepada beg plastik kerana sifatnya yang mudah terbiodegradasi. Istimewanya nanoselulosa ialah sifat kelikatan bendalirnya yang berkurang apabila dikenakan tegasan. Mekanisma perubahan sifat kelikatanjalan pada aras mikroskopik ini belum dapat difahami lagi kerana kesukaran teknikal.

 

Tindak balas kelikatanjalan sering kali digunakan sebagai prob dalam sains polimer kerana kepekaannya terhadap sifat kimia dan mikrostruktur sesuatu bahan. Salah satu teknik pengukuran kelikatanjalan adalah dengan menggunakan penyepit optik.

 

Penemuan inovasi penyepit optik telah merancakkan revolusi kaedah eksperimen dalam pelbagai bidang sains fizikal dan hayat [3]. Penyepit optik berupaya memegang dan mengawal pergerakan zarah tunggal yang lutsinar secara optiknya dalam medium bersesuaian tanpa mengenakan sebarang sentuhan mekanikal tanpa musnah seperti dilustrasikan dalam Rajah 1. Penyepit optik terhasil dengan memfokuskan laser dengan tajam mengunakan objektif mikroskop pada zarah yang ingin diperangkapkan. Ciri luar biasa ini boleh digunakan untuk memanipulasi jasad bersaiz mikro sebagai prob dalam kajian sifat-sifat mikroreologi seperti kelikatanjalan yang dinyatakan sebelum ini [4,5].

 

 Jadi, objektif utama kajian ini ialah

i) membangunkan sistem penyepit optik.

ii)meneroka potensi penyepit optik sebagai alat untuk mengekstrak maklumat kelikatanjalan nanoselulosa dalam bentuk larutan pada pelbagai keadaan kimia dan fizikal.



iii) memahami struktur mikromekanikal larutan nanoselulosa.

 Figure 1: Mikrosfera polisterina sebagai prob dalam larutan nanoselulosa yang terperangkap dalam sistem penyepit optik. Cerapan dinamik pergerakan mikrosfera ini dapat mengakses maklumat kelikatanjalan nanoselulosa pada aras mikroskopik.




Ruang kerja penyepit optik sedia ada di Makmal Fotonik.





Rujukan
[1]     Abdul Khalil, H.P.S., Bhat, A.H. & Ireana Yusra A.F. (2012). Green composites from sustainable cellulose nanofibrils: a review. Carbohydrate polymers, 87, 963-979.

[2]     Csoka, L. Lorinez, A. & Winkler A. (2008). Sonochemically modified wheat straw for pulp and papermaking to increase its economical performance and reduce environmental issues. BioResouce, 3(1), 91-97.

[3]     A. Ashkin. (1997), “Optical trapping and manipulation of neutral particles using lasers.” Proc. Natl. Acad. Sci. USA Vol 94, 4853-60.

[4]     A.I. Bishop, T.T. Nieminen, N.R. Heckenberg, H. Rubensztein-Dunlop. (2004) “Optical

microrheology using rotating laser trapped particles.” Phy. Rev. Lett. 92 (19), 198104.

[5]        Z. Hu and Lie, K. (2008) “Optical Tweezers for single cells”, J. R. Soc. Interface. 5, 671-689.


Penyelidik bersama:

PM Dr. Shahrul Kadri  Ayop : PhD (UPSI) Ketua (Instrumentasi Optik)
PM Dr. Yusof Munajar (UTM) - Mentor

Dr. Rosazley Ramlee (UPSI) Bio-material
Dr. Izan Roshawaty Mustafa (UPSI) Polymer Physics

Makmal Fotonik,
Jabatan Fizik,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...