Tuesday, January 20, 2015

Pencarian seorang pelajar Sarjana Fizik (Instrumentasi Optik)

Saya sedang mencari seorang calon pelajar sarjana fizik untuk tajuk penyelidikan di bawah ini.

David (pelajar Sarjana sejak September 2012) sedang

menyelenggarakan sistem penyepit optik.


Pelajar yang dikehendaki

  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fizik atau setaraf terutamanya berkaitan instrumentasi dan elektronik

  • berminat dalam pembangunan instrumentasi optik dan aplikasinya dalam pencirian bahan

  • fasih bertutur, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

  • sangat berdikari

  • di tawarkan Skim Pembantu Penyelidik dengan pengecualian yuran pengajian dan elaun tetap bulanan yang boleh dirunding (CGPA>3.00)




Skop tugas penyelidikan

  • mengantaramuka sistem penyepit optik dengan komputer menggunakan LabView/Mathlab/perisian berkaitan

  • membangunkan sistem tentukuran penyepit optik


Berminat? Hubungi  




 

Tajuk : Eksplorasi kelikatanjalan pada aras mikroskopik larutan nanoselulosa menggunakan penyepit optik.


Kata kunci : penyepit optik, nanoselulosa, kelikatanjalan
Nanoselulosa ialah sejenis bahan polimer yang terdiri daripada fibril selulosa bersaiz nano lazimnya bergaris pusat sekitar 5 hingga 20 nanometer dengan panjang sehingga 2000 nanometer [1]. Nanoselulosa menunjukkan kegunaan berpotensi seperti kertas nano yang mempunyai kekuatan 3000 kali ganda berbanding kertas pulpa biasa dan ia merupakan alternatif kepada beg plastik kerana sifatnya yang mudah terbiodegradasi. Istimewanya nanoselulosa ialah sifat kelikatan bendalirnya yang berkurang apabila dikenakan tegasan. Mekanisma perubahan sifat kelikatanjalan pada aras mikroskopik ini belum dapat difahami lagi kerana kesukaran teknikal.

 

Tindak balas kelikatanjalan sering kali digunakan sebagai prob dalam sains polimer kerana kepekaannya terhadap sifat kimia dan mikrostruktur sesuatu bahan. Salah satu teknik pengukuran kelikatanjalan adalah dengan menggunakan penyepit optik.

 

Penemuan inovasi penyepit optik telah merancakkan revolusi kaedah eksperimen dalam pelbagai bidang sains fizikal dan hayat [3]. Penyepit optik berupaya memegang dan mengawal pergerakan zarah tunggal yang lutsinar secara optiknya dalam medium bersesuaian tanpa mengenakan sebarang sentuhan mekanikal tanpa musnah seperti dilustrasikan dalam Rajah 1. Penyepit optik terhasil dengan memfokuskan laser dengan tajam mengunakan objektif mikroskop pada zarah yang ingin diperangkapkan. Ciri luar biasa ini boleh digunakan untuk memanipulasi jasad bersaiz mikro sebagai prob dalam kajian sifat-sifat mikroreologi seperti kelikatanjalan yang dinyatakan sebelum ini [4,5].

 

 Jadi, objektif utama kajian ini ialah

i) membangunkan sistem penyepit optik.

ii)meneroka potensi penyepit optik sebagai alat untuk mengekstrak maklumat kelikatanjalan nanoselulosa dalam bentuk larutan pada pelbagai keadaan kimia dan fizikal.



iii) memahami struktur mikromekanikal larutan nanoselulosa.

 Figure 1: Mikrosfera polisterina sebagai prob dalam larutan nanoselulosa yang terperangkap dalam sistem penyepit optik. Cerapan dinamik pergerakan mikrosfera ini dapat mengakses maklumat kelikatanjalan nanoselulosa pada aras mikroskopik.




Ruang kerja penyepit optik sedia ada di Makmal Fotonik.





Rujukan
[1]     Abdul Khalil, H.P.S., Bhat, A.H. & Ireana Yusra A.F. (2012). Green composites from sustainable cellulose nanofibrils: a review. Carbohydrate polymers, 87, 963-979.

[2]     Csoka, L. Lorinez, A. & Winkler A. (2008). Sonochemically modified wheat straw for pulp and papermaking to increase its economical performance and reduce environmental issues. BioResouce, 3(1), 91-97.

[3]     A. Ashkin. (1997), “Optical trapping and manipulation of neutral particles using lasers.” Proc. Natl. Acad. Sci. USA Vol 94, 4853-60.

[4]     A.I. Bishop, T.T. Nieminen, N.R. Heckenberg, H. Rubensztein-Dunlop. (2004) “Optical

microrheology using rotating laser trapped particles.” Phy. Rev. Lett. 92 (19), 198104.

[5]        Z. Hu and Lie, K. (2008) “Optical Tweezers for single cells”, J. R. Soc. Interface. 5, 671-689.


Penyelidik bersama:

PM Dr. Shahrul Kadri  Ayop : PhD (UPSI) Ketua (Instrumentasi Optik)
PM Dr. Yusof Munajar (UTM) - Mentor

Dr. Rosazley Ramlee (UPSI) Bio-material
Dr. Izan Roshawaty Mustafa (UPSI) Polymer Physics

Makmal Fotonik,
Jabatan Fizik,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...