Tuesday, November 22, 2016

Thursday, October 13, 2016

Doh Tepung Konduktor

Saya peroleh Idea ABM untuk pembelajaran litar elektrik dari internet secara tak sengaja.
Nama asal projek ini ialah Squishy Circuit yang menggunakan hanya tepung dan bahan-bahan dapur sahaja.
Sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah.
Melalui projek ini pelajar boleh mempelajari konsep
- litar mudah
- kekutuban LED
- litar pintas
- reka cipta
- dan lain.

fr_921_size640

Youtube idea bagaimana doh ini berfungsi



Untuk resipi boleh dapat daripada sini -->http://bit.ly/2etHEqL

Penjelasan ringkas.

Kandungan garam dalam doh konduktor membolehkan pengaliran arus kerana mempunyai ikatan ionik.
Kandungan gula dalam doh penebat menghalang pengaliran arus kerana mempunyai ikatan kovalen.

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

Sunday, October 9, 2016

Hadiah Nobel Fizik 2016



Hadiah Nobel Fizik 2016
-Siapa menang?
>Kali ini dianugerahkan kepada 3 fizikawan kelahiran Britain, tetapi bekerja di universiti Amerika Syarikat.

-Apa dia dapat?
Share USD1 juta ada lebih kurang RM4juta

-ler.. xde la banyak, sgt. Kaji berpuluh tahun dapat banyak tu je.Baik ko jadi Pengarah boleh collect RM150juta. Apa dia buat?
>Amboi, x sayang mulut ker. Lantaklah Pengarah tu kubur dia penuh duit nanti sempit le tu. Dorg ni dpt hadiah atas "penemuan teori peralihan fasa topologi dan fasa-fasa topologi jirim."

-Apekebende tu?
>Ntah, aku pun tak paham. Hehe..

-Kamon..ko kan fizicis!
>Ok la aku try la nak faham melalui youtube, pembacaan, tanya2 pakar dan nak bagi awok2 faham juga.

-Mula2, apa tu topologi?
>Topologi ialah satu kajian mengenai bentuk sesuatu objek yg istimewa.

-Apa yg istimewanya?
Objek kat alam semesta kita ni, dia boleh berubah bentuk/sifat/keadaan tapi ada beberapa ciri yang tak berubah dengan syarat perubahan itu bukan disebabkan objek itu dipecah2kan atau dicantumkan.

-Ok.. aku rasa mcm dah susah nak paham.
>Tu sbb ko beli je Phd ko, malas nak belajo, nak menipu je pandai.. hokey xyah nak sentap2.. hihi

-Yela, saspek la kat org yg berjuang utk Phd. Ok apa bende objek yg ko cakap tu?
>ha! Contoh la. Aku tetapkan satu CIRI objek yang aku nak kaji ialah lubang pada objek tu. Donat ada satu lubang kan? Donat ni aku boleh ubah BENTUK dia jadi anting2, rantai, kuih keria. Benda2 yang kita ubah bentuk tu mengikut ilmu topologi adalah dalam KATEGORI yang mempunyai CIRI yang sama iaitu ada satu lubang, kita namakan KATEGORI 1 lubang.
Ok, seterusnya kita tengok pretzel, kuih omputih yang fofular kat shopping2 mall tu. Dia ada dua lubang. Ok objek yang sama BENTUK dengan pretzel ni macam bingkai cermin mata, hidung ko, nombor "8" dan sebagainya, kita namakan KATEGORI 2 lubang. Ko perhatikan ko boleh ubah BENTUK2 dlm KATEGORI yg sama tanpa ko cerai kan atau sambung2kan. Ko hanya lenyek2kan utk dpt bentuk berlainan tapi jumlah lubang mesti sama utk KATEGORI yang sama.

-Fuh! Tetiba aku rasa sesak napas.
> Rilek2, tarik napas. Mengikut pakar topologi dalam bidang fizik, KATEGORI yg aku bgtau tadi dinamakan FASA. Hebatnya dorg ni ialah dorang boleh hasilkan formula matematik utk setiap FASA ni. Formula ni macam acuan. Satu acuan boleh buat macam2 bentuk selagi bentuk tu dalam FASA/KATEGORI yang sama.

-So? Apa kepentingannya?
>Dunia kita ni penuh misteri. Ada sejenis bahan ni namanya superkonduktor. Bahan ni dia boleh alirkan elektrik tanpa rintangan pada suhu rendah, rendah serendahnya, -200 Celcius ke bawah taw. Tapi bila suhu naik, dia berubah FASA menjadi penebat. Tiba2 je xleh alirkan elektrik. Dgn ilmu topologi ni, kita boleh dptkan formula utk FASA konduktor dan FASA penebat dengan perbezaan CIRI antara dua FASA ini ialah sifat pengaliran elektriknya. Kalau ko dapat formula tu, ko boleh reka bahan yang FASA konduktor dia pada suhu biasa persekitaran kita iaitu 27 Celcius.

Sekarang ko matchkan kefahaman ko pasal donut yg aku explain awal2 tadi: FASA (KATEGORI) konduktor yang sama dengan SIFAT (CIRI) elektrik yang sama walaupun suhu (BENTUK) berbeza. Lepas tu, dorg boleh pulak jelaskan dgn formula macam mana nak ubahkan FASA konduktor ke penebat lepas tu kembali ke konduktor. Kalau henfon kita guna superkonduktor ni, xde lah dia jadi panas kalau kita selalu on. Rintangan dalam henfon kita yang menyebabkan elektrik susah nak gerak dan berlanggar dalam wayar menyebabkan kepanasan. Best tau kalau henfon kita guna superkonduktor, boleh kita main game sampai buta, henpon x panas. Wallah!

-Ok macam dah nak faham, macam la. Kena hadam sikit2.
> Ok lah usaha. Nak faham semua pun mana boleh sbb org kaji berpuluh tahun ko nak paham semua dlm masa seminit. Ko ingat "tonyoh2 dah dpt Phd" ke? Dorg ni aplikasikan ilmu topologi dalam memahami sifat bahan. Jadi kita hargai usaha dorg ni. Ada banyak lagi sifat-sifat bahan yang boleh aplikasikan ilmu topologi ni. Jadi impak dia besar dalam kemajuan sains.

-Dah2.. tangan aku menggigil dah ni nak wassap2..bergossip, dengar citer ada org tu ngorat student dia
>hish ko nih! Husnul dzoon lah sikit. Yelah, sori la kalau x berapa betul. Ini kefahaman aku je sekadar fizicis picisan.

Penafian: Penghasilan karya ini tidak ditaja mana-mana geran dan tidak melalui proses perwasitan

#PhDtulen #hadiahnobel #topologi #fizicis

Tuesday, September 27, 2016

Empangan Sungai Selangor - SPLASH Info Center

Sabtu lepas nak belikan Ummi basikal di Batang Kali.

Tiba2 rasa nak pergi tengok2 Empangan Sungai Selangor, 3 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu arah ke Bukit Fraser.

[caption width="299" id="attachment_511" align="alignnone"] pintu masuk ke info center[/caption][caption width="400" id="attachment_510" align="alignnone"] papan tanda ke info center boleh dilihat dari arah Bukit Fraser[/caption] 

Dalam kawasan berpagar ada SPLASH Info Center yang boleh dilawati.

Info center ini dijaga dengan baik.

Ada fasiliti tandas dan mesin vending minuman, kafe tiada.

[caption width="400" id="attachment_514" align="alignnone"] hadapan info center[/caption][caption width="225" id="attachment_512" align="alignnone"] aras bawah info center[/caption][caption width="400" id="attachment_513" align="alignnone"] aras atas info center [/caption]Info center ini hanya ditutup pada hari Isnin sahaja.

[caption width="206" id="attachment_522" align="alignnone"] waktu operasi info center[/caption]

[caption width="400" id="attachment_529" align="alignnone"] aras air separuh menara, kalau air banyak akan melimpah dalam lubang tu[/caption]

Sunday, September 4, 2016

Kolam Air Panas Hulu Tamu

Alhamdulillah dapat merasai Sabtu yang tenang tanpa tugasan outstation.

Hari ini ke Batang Kali, Selangor belikan anak-anak basikal.  Eleh, macam kat Tg Malim tak jual basikal. Ada, cumanya nak mamam Marry Brown sekali kat situ. Kekeke.

Berkunjung ke Kolam Air Panas Hulu Tamu.

Rasanya dah hampir setahun tak ke sini.

Paling terakhir kawasan dalam ubahsuai, tak cantik, mata air cenonet je keluar dengan sepah-sepahnya.

Tapi sekarang dah cantik! Best!

[caption width="571" id="attachment_451" align="alignnone"] pemandangan damai[/caption][caption width="541" id="attachment_450" align="alignnone"] ada kawasan berbumbung untuk lepak-lepak[/caption]
Asalnya datang nak celup-celup kaki, sekali ha kenit-kenit semua tada tahan sama itu air, terjun semua. Baju tukar dah la tak bawa, sudahnya masing-masing bogel lencun dalam kereta.

[caption width="400" id="attachment_452" align="alignnone"] seronok betul budak-budak jumpa air [/caption][caption width="300" id="attachment_459" align="alignnone"] siap ada pancur air untuk bersihkan diri selepas berendam[/caption]
Ada tiga bahagian panas airnya.

[caption width="300" id="attachment_453" align="alignnone"] erkkkkkk.. angin kasi keluar[/caption]
Lepas rendam pijak-pijak batu refleksologi memang terbaiklah.

Angin menderu-deru keluar badan. Sedawa erk erk.. Best2

Lain kali datang nak berendam terus dalam kolam panas tu.

[caption width="300" id="attachment_454" align="alignnone"] punca air panas. jangan masukkan kaki dan rendam telur dalam ni ya[/caption]
Kawasan terjaga, semoga berterusan terjaga.

Airnya bersih, lumut takde lagi sebab baru kot. Tapi janganlah minum takut unsur-unsur kimia yang kita tak tahu. Kalau air COWAY lain la cerita. Reverse osmosis, zero mikroorganisma selamat diminum. Siap dispenser panas, sejuk dan normal. Berminat? Meh klik sini 

Masa kami datang ada pengunjung celaka tinggalkan sampah makanan kat meja wakaf. Padahal lima langkah je dengan tong sampah. Banyak pula tu tong sampah, bukan nya takde. Memang celaka! Harap kita semua sama-sama jaga kebersihan tempat ini. 

Sudahlah masuk percuma, buat sampah pulak, bahlol!

[caption width="222" id="attachment_455" align="alignnone"] parkir yang aman, kolamnya belakang parkir ini sahaja[/caption]
Cuma parking berbayar RM1 sahaja.

Bagaimana nak ke sini?

[caption width="300" id="attachment_456" align="alignnone"] kalau ke genting dari rawang atau kuala kubu memang nampak papan tanda ini[/caption]
Terletak 6 km dari Bandar Baru Batang Kali arah ke Ulu Rening. 

[caption width="300" id="attachment_457" align="alignnone"] kami terlepas simpang sebab papan tanda terselindung belakang iklan kolam pancing. [/caption][caption width="300" id="attachment_458" align="alignnone"] pak guard sini[/caption]
Keseluruhannya tempat ini best sebab percuma dan bersih. Boleh mandi manda dan berendam. Lain kali datang kena siapkan baju persalinan. Tapi tak perasan ada bilik air atau tidak. Kena pertimbangkan kot-kot nak ak ak.

Sebelah kolam air ini ada kem rimba, tempat latihan mungkin boleh tumpang kalau emergency sangat.

Thursday, September 1, 2016

Persediaan Ke Sekolah Cina (SJKC)

Anak sulung sekarang sudah Tahun 2 di SJK(C).

Alhamdulilah, boleh buat. Takdelah cemerlang sangat, tak top 10 pun. Sederhana sahaja.

Tapi saya optimis dia semakin maju dalam pelajarannya, iAllah.

Dia sedang berusaha menguasai Bahasa Cina untuk kuasai mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga diajar dlm Mandarin.

Perbendaharaan kata dia terhad, jadi bermasalah hendak menjawab soalan dalam mandarin walaupun dia tahu jawapan.

Ramai kawan-kawan tanya macam mana nak masukkan anak ke sekolah cina, SJKC.

Sebenarnya bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Kalau ikutkan boleh saja masuk terus Tahun 1 tanpa ada asas tadika atau prasekolah aliran cina.

Ada sekolah tak bagi, jadi kena tanya sekolah yang kita hasrat nak hantar anak tu. Perancangan kena awal. Ada sekolah yang wajibkan anak bermula seawal 4 thn utk meneruskan persekolahan di premisnya.

Macam sjkc di tempat saya ni, saya memang dah masukkan anak ke prasekolah 5 tahun dan 6 tahun sebagai transisi ke Sekolah Rendah.

Nanti takdelah terkejut dan terus stress dengan pelajarannya.

Saya dan keluarga pun takde  yang ada latarbelakang pendidikan cina yang boleh membantu.

Biasanya iklan prasekolah negeri selangor buka bulan Ogos tahun sebelumnya.

Untuk pendaftaran ke Tahun 1 juga ibu bapa kena update dgn sekolah di negeri masing-masing.

Si Kakak berjaya masuk prasekolah 5 & 6 tahun.

Tapi Si Abang permohonan gagal utk masuk prasekolah 5 tahun sebab kuota dah cukup. 

Jadi, saya masukkan ke Tadika aliran Cina di Tadika Matahari Ria, Tg Malim.

Permohonan ke prasekolah 6 tahun saya hantar lagi, kalau tak berjaya kekallah dia di Tadika itu.

Pendaftaran masuk ke Tahun 1 dengan sekolah yang sama dgn Si Kakak pun sudah buat.

[caption width="300" id="attachment_445" align="alignnone"] Si Abang diharapkan dapat masuk Prasekolah 6 Tahun[/caption]
Keputusan prasekolah biasanya keluar bulan november. 

Di prasekolah mereka memang diajar oleh guru berbahasa cina dengan pembantu muslim. (Bergantung kepada sekolah)

Jadi, bab makanan tiada masalah.

Tapi bila sudah masuk sekolah, kena bawa bekal sendirilah.

Air sebotol mesti di bawa Kakak & Abang. Rutin sebelum sekolah isi sendiri air dari mesin coway. Senang. Berminat dengan water purifier coway? Klik sini --> http://www.kadri.my/coway/

Di sekolah anak saya, disediakan satu meja untuk pelajar muslim untuk waktu rehat. Ada tak sampai 10 org murid muslim berbanding jumlah keseluruhan murid hampir 200 org. Memang minoriti sangat.

Kepada yang berminat hantar anak ke SJKC harap rancang elok2 supaya mereka boleh cemerlang dalam kedua-dua pelajaran dan komunikasi Mandarin.

Sebab ada anak yang memang tak boleh bawa pelajaran dalam Mandarin, keluarkan dan masuklah ke dalam  Sekolah Kebangsaan. 

Itu saja dulu, nanti saya pos lagi entri berkenaan pengalaman menyekolahkan anak di aliran cina ni.

Tuesday, August 30, 2016

Bersantai di Planeterium Negara

Sabtu lalu, saya menerima jemputan walimatul urus di PJ.

Lepas kenduri terus ke Planeterium Negara, terletak di belakang Masjid Negara.

Yang seronoknya, masuk adalah percuma!

PERCUMA!!!!

Kebetulan planeterium ini berwajah baru selepas ditutup untuk penyelenggaraan awal tahun 2016, jadi bahan pameran dan aktiviti masih baharu.

Yang berbayar hanya tayangan pawagam berdurasi ~30 minit dengan jadual tertentu, ada dalam laman web http://planetarium.angkasa.gov.my/.

[caption id="attachment_392" align="aligncenter" width="225"] Reka bentuk masjid, tetapi galeri planeterium.[/caption]

Saya sekeluarga masuk dalam jam 1.00 ptg, keluar hampir jam 4.00ptg.

3 jam main-main di dalamnya.

Dicadangkan makan siap-siap sbb hanya ada kiosk snek sahaja di tepi bangunan.
Kami bawa bekal air suci murni coway, dah berlari-lari dalam itu mesti penat nak minum kan. Berminat dengan produk coway? Klik sini (COWAY)

Planeterium ini buka setiap hari ya! Memang sesuai bawa anak-anak bersantai sambil mempelajari sains angkasa. Yang dewasa juga boleh belajar bersama sambil mengenang memori-memori seram belajar sains di sekolah dulu ya..

Ada kemudahan surau dan tandas yang baik di dalamnya.

[caption id="attachment_394" align="aligncenter" width="300"] Suasana galeri menimbulkan rasa ingin tahu anak-anak.[/caption]

Amaran awal: Bila sampai di lobi planeterium, kena naik lebih 20 anak tangga jika eskalator tak berfungsi atau tutup. Jadi kalau bawa stroller atau yang tak larat panjat tangga mungkin kena pertimbangkan. Saya mengah juga la bawa naik si kenit naik atas (bergantung kepada saiz perut..hehe). Fuh fuh! Boleh drop dulu ahli rombongan di lobi sebelum turun ke tempat parkir awam.

Ada sudut penglibatan Malaysia dalam misi ke angkasa iaitu Program Angkasawan Negara 2007 di dalamnya, memberi info tentang perjalanan dan impak program tersebut terhadap kesejahteraan negara.

[caption id="attachment_393" align="aligncenter" width="300"] Bola cahaya yang berubah warna mimik planet-planet dalam sistem Suria[/caption]

[caption id="attachment_430" align="aligncenter" width="300"] Kebaya ke angkasa![/caption]

Ruang pameran dan aktiviti disusun pada dua aras. Selain itu, boleh ke anjung tinjau untuk melihat permandangan sekitar KL.

[caption id="attachment_418" align="aligncenter" width="300"] Permainan interaktif maya, tangkap asteroid![/caption]

[caption id="attachment_395" align="aligncenter" width="300"] Kapsul simulasi antigraviti.[/caption]

[caption id="attachment_419" align="aligncenter" width="300"] Seronok meneropong, jenuh menjawab pertanyaan anak-anak. Itu apa? Kenapa macam tu? Bla. bla..[/caption]

[caption id="attachment_420" align="aligncenter" width="300"] Si kecik juga mencuba dan memuaskan inkuiri sendiri.[/caption]

[caption id="attachment_422" align="aligncenter" width="300"] Ruang Sistem Suria di Aras 2, sesuai untuk pengukuhan Sains murid Tahun 6.[/caption]

[caption id="attachment_421" align="aligncenter" width="300"] Jadual Perkalaan Unsur yang menjadi mantera pelajar Aliran Sains.[/caption]

[caption id="attachment_423" align="aligncenter" width="225"] Mentadak mentaduk, macam mana angkasawan tidur?[/caption]

[caption id="attachment_424" align="aligncenter" width="300"] Ruang permainan kanak-kanak. Histeria budak-budak ini bila masuk.[/caption]

Video anak bermain dengan putaran bola -->


Keseluruhannya Planeterium ini memang hebat! Sesuai untuk pembelajaran anak-anak dengan menyedari kepentingan sains angkasa kepada masyarakat dengan kaedah santai, interaktif, menarik dan menyerononokkan.


Jom Ke Planeterium Negara!

Tuesday, August 9, 2016

Belajar dengan Siput Sedut

Kelmarin beli sebungkus siput sedut di Pasar Borong Selangor, Puchong.

Penjual kata siput boleh hidup sampai 7 hari, jangan masuk peti sejuk.

Hari ini memang masih hidup lagi.

Ummi buka plastik nak basuk di sinki.

Dibiarkan kejap untuk mandikan si kecik.

Hasilnya tada!!!!

Memanjat-manjat sana sini.

Siput pun cari air bersih taw! 

Berminat air Coway? Whatsapp nombor tertera.

[caption width="300" id="attachment_385" align="alignnone"] siput pun cari air bersih[/caption]
Ummi buat masa gulai.

Simpankan beberapa ekor untuk si kakak belajar.

[caption width="300" id="attachment_386" align="alignnone"] menyelidik[/caption]
Teruja betul anak-anak.

Diperhati pergerakannya.

Membandingkan dengan siput babi.

Sentuh.

Berimaginasi.

Yang paling baik, kita bersama-sama melayan pertanyaan anak-anak.

Thursday, August 4, 2016

Cara masak mee udon segera

Anak2 suka sangat udon.

Kalau makan kedai mahu dekat RM10 semangkuk, cenonet pula isinya.

Saya kongsikan cara masak udon segera. Segera ok. Bukan nak buat udon tu.

Bahan

1- udon kering

2- serbuk udon

3- air

Tu jer.. Haha.. Tapi mana nak dapat benda2 ni?


Ini sahaja bahannya

Dua2 benda ni saya beli di Daiso Cheras Leisure Mall. Udon RM5.30, serbuk sup RM5.30. Tapi tak semua Daiso ada jual, contoh Daiso AEON Rawang xde pun bende ni. Selain Daiso ada juga jual di pasar raya AEON, tapi jenama lain. Pernah beli juga di Giant, tapi hapak..huhu. Cap Halal? Memang xde, iAllah dari ramuan yang tertulis untuk jenis yang dalam gambar kat atas ni xde benda2 meragukan dalam tu. Udon ni dari tepung gandum, sup dia dari ekstrak ikan.

Dalam satu paket udon ni ada 4 ikat mee so boleh buat 4 sajian.

Dalam satu paket serbuk sup dia ada 8 paket, boleh buat 8 sajian.

Untuk famili saya 2 gedabak & 3 kenit, memang cukup satu paket udon.. Kos semua baru RM10.60, jimat uolzzz. Kalau kat kedai mahu RM50


Cara sediakan udon


Proses sediakan udon

1- Didihkan air

2-Rebus mee sehingga lembut, dalam 10 minit macam tu.

3-Tos mee, masukkan dalam air sejuk. Air sejuk k, bukan air suhu bilik.
Proses ini akan hilangkan kanji yang melekat-lekat pada mee. Mee akan kelihatan licin dan tulus gitew.

4- Tos mee, dah siap di makan. Di Jepun memang ada udon yang di makan panas atau sejuk. Kalau yang sejuk gaya makan dia celup2 dengan sup sejuk juga. Kalau yang panas, udonnya berenang dalam sup panas.

Cara sediakan sup udon
1- Koyakkan paket serbuk masukkan dalam mangkuk.

2- Bancuh dengan air panas.

3- Adjust kepekatan sup yang dikehendaki. Dah siap supnya!

[
Teruja dapat udon

Monday, June 13, 2016

Harapan Guru

Sebagai pendidik, kita pasti mengharapkan apa yang kita ajar akan memandaikan pelajar kita.

Kita rasa kita sudah habis usaha mengajar mereka.

Namun, apabila saat menanda kertas jawapan mereka, hati bagai dihiris-hiris.

Sakitnya hati pelajar jawab ntah hapa hapa.

Bertabahlah duhai pendidik.

Kerana....

Sunday, June 12, 2016

Kelas Hari Ini

Ke arah pembelajaran aktif.

Mengapa pembelajaran aktif begitu penting?

Kerana berikut ..

Sunday, June 5, 2016

Penulisan Sorotan Kajian

Biasanya diletakkan dalam Bab 2 tesis ialah Sorotan Kajian / Literature Review.


*if you own this infographic, inform me since I dont remember its original source.

Penulisan Cadangan Penyelidikan

Berikut merupakan panduan penyediaan cadangan penyelidikan bagi projek pelajar tahun akhir dan penyelidikan pascasiswazah.

Saya dah lupa dari mana saya dapat rajah dibawah.


If you own the copyright of the figure below, please infom me since I dont remember the original source.

Saturday, June 4, 2016

Ketumpatan

Ketumpatan ditakrifkan sebagai nisbah jisim terhadap isipadu,

Ketumpatan = Jisim/Isipadu

Unit piawainya ialah kg/m^3

Sudu dan pinggan daripada bahan yang sama seperti tembaga mempunyai ketumpatan yang sama, namun jisim dan isipadu yang berbeza.

Ketumpatan air ialah 1000 kg/m^3.

Ini bermakna 1 meter padu air adalah seberat 1000 kg.

Cecair terberat ialah merkuri atau raksa iaitu sejenis logam yang terdapat dalam termometer dengan ketumpatan 13600 kg/m^3, 13.6 kali ganda lebih berat berbanding air bagi isipadu yang sama.

Ok, itu pengenalan ringkas mengenai ketumpatan.

Dalam sesi amali beberapa hari yang lalu saya memberi tugasan kepada pelajar saya bagi menentukan ketumpatan satu silinder logam.

Peralatan yang diberi adalah seperti berikut:

  • Penimbang jisim

  • Pembaris

  • Bikar

  • Air paip

  • Bikar eureka

  • Bikar kaca

  • Penderia daya

  • Neraca spring

  • Kaki retort



Bagaimana anda menentukan ketumpatan sebuah silinder logam menggunakan peralatan yang diberi?

Saya hanya membiarkan pelajar-pelajar saya ini berbincang dan mencari maklumat dari internet.

Setelah hampir 25 min, berikut merupakan penyelesaian mereka.

  1. Timbang jisim silinder dengan penimbang, direkod sebagai m0.

  2. Isi bikar eureka dengan air penuh, letakkan silinder dalam bikar, dan timbang jisim air tersesar keluar direkod sebagai m1.

  3. Kemudian, dapatkan isipadu air tersebut dengan rumus ketumpatan dengan mengambil nilai ketumpatan air 1000 kg/m^3 direkod sebagai V iaitu sama dengan isipadu silinder.

  4. Akhirnya, ketumpatan silinder diperoleh daripada rumus m0/V.


Saya hairan kenapa begitu rumit pemikiran pelajar-pelajar ini.

Isipadu silinder boleh dihitung dengan formula silinder melalui ukuran tinggi dan jejari menggunakan pembaris sahaja.

Atau dengan menggunakan bikar kaca, baca sahaja nilai aras air tersesar setelah silinder ditenggelamkan sepenuhnya. Namun cara ini perlukan penukaran unit mililiter kepada meter padu.

Pelajar ini berada pada semester 6 dan akan menjalani latihan mengajar semester akan datang.

Sains susah?! Disusahkan?


Ada budak ikut bapa dia masuk lab akibat cuti sekolah

Wednesday, May 18, 2016

Kad Hari Lahir 3D

Semalam hari jadi Ummi 16 Mei.
Saya ajak anak-anak buat kad hari lahir untuk Ummi.Si kakak tukang potong kad.
Si abang tukang warna.
Si kecik tukang lekat.
Alhamdulillah menjadi.
Yang penting mereka semua bekerjasama dan seronok.
Semua guna barangan terpakai.
Kad pun ambil dari pelapik baju yang baru beli.

13260196_10153767001319482_8737581265093196507_n

Monday, May 16, 2016

Autism: Kenali Anak Anda

Semalam saya terserempak sahabat lama di sebuah restoran.
Kami berbual banyak perkara, maklumlah sudah lebih 10 tahun tidak ketemu.
Sampai perkara ke bahagian anak-anak, alhamdulillah masing-masing sudah beranak 3.
Anaknya ke-2 telah disahkan autism.
Dia tunjukkan kad OKUnya.
Ada ibubapa tidak selesa untuk secara terbuka menceritakan anak autism.
Syabas buat sahabat saya ini.
Saya pun tidak begitu tahu apa autism, cuba melalui pembacaan autism ini merupakan sindrom mental yang memberi kesan kepada komunikasi, dan menunjukkan tingkahlaku berulang.
Autism ini ada peringkat, yang ringan sehingga yang teruk.
Autism tidak boleh dirawat, cuma  boleh dididik agar apat menguruskan diri.
Terdapat si autism yang menunjukkan bakat luar biasa dalam sesuatu bidang seperti lukisan, matematik dan hafazan.

Wednesday, April 27, 2016

Viva Sarjana Pendidikan (Fizik)

Alhamdulillah, pelajar seliaan saya Ahmad Tarmimi Ismail selesai membentangkan disertasi beliau bertajuk "Tahap Kefahaman dan Miskonsepsi Daya dan Gerakan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat".

Kajian tersebut merupakan sebahagian komponen Sarjana Pendidikan (Fizik) dengan Mod Kerja Kursus & Penyelidikan.

Keputusan mesyuarat adalah Pembetulan Minor yang perlu diselesaikan dalam masa 3 bulan dengan seliaan Penyelia.

Sesi bermula 9:30 pagi dan tamat 10:25 pagi, menjadikan sesi viva terpantas pernah saya hadiri.

Tahniah atas laporan ilmiah yang meyakinkan penilai dan juga memudahkan tugas saya sebagai penyelia atas sifat berdikari yang ditunjukkan.

IMG_6360

Kepada yang berminat untuk menyambung pelajaran di UPSI, boleh layari --> http://www.ips.upsi.edu.my/

 

Thursday, April 14, 2016

Invention vs Innovation

Menurut PRPM:

Invention = reka cipta

Innovation = inovasi/Pembaharuan

Baru-baru saya sempat hadir taklimat pegawai dari MyIPO, iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang mengurus hal ehwal Harta Intelek seperti paten, copyright, cap dagang dan sbg.

Seorang peserta bertanyakan perbezaan invention dan innovation.

Menurut beliau, invention ialah penyelesaian teknologi, manakala innovation tiada dalam akta paten.

Contoh invention ialah straw penyedut minuman yang boleh bengkok.
Straw tersebut menyelesaikan masalah minum bagi kanak-kanak dan mengelakkan tumpah.

Kasut tari arwah Michel Jackson yang membolehkan beliau menyondong ke depan tanpa jatuh juga merupakan satu invention dan telah pun dipatenkan di AS.

Jadi, sesuatu yang menyelesaikan masalah teknologi boleh dipatenkan.

Friday, April 8, 2016

Rahsia heksagon

Saya selalu juga tertanya kenapa objek di dunia ini ada bentuk-bentuk tertentu?

Hari ini saya membaca pautan menarik mengapa bentum heksagon pada sarang lebah --> sini

Menurutnya, untuk objek-objek yang sama bentuk disusun padat, hanya tiga bentuk dengan sisi sama dan sudut bucu yang sama yang bermungkinan ialah segitiga, segiempat dan heksagon.

Antara ketiga-tiga bentuk ini, jumlah panjang sisi terendah jika dibandingkan bagi keluasan yang sama ialah heksagon.

Sesuatu sistem di dunia ini akan mengambil tenaga terendah dan bentuk optimum.

Oleh itu heksagon merupakan struktur dengan tenaga terendah.

Kepingan salji juga berbentuk heksagon.

Subhanaallah.

Saya tidak puas hati kalau sekadar terima fakta, maka saya cuba buktikan adakah benar heksagon ialah struktur terbaik?
Katakan kita ada segitiga sama dengan sisi l.

Maka jumlah panjang sisinya 3l.


Kemudian, kita ada segiempat sama sisi x dengan keluasan yang sama dengan segitiga sama di atas.

Jumlah panjang sisinya ialah 3.7l, lebih tinggi!!


Akhirnya, kita ada heksagon sama sisi x dengan keluasan yang sama dengan segitiga sama di atas.

Jumlah panjang sisinya ialah 2.45l, lebih tinggi!!



Nisbah jumlah panjang sisi segitiga sama, segiempat sama dan heksagon sisi sama ialah 3 : 3.7 : 2.45

Terbukti heksagon!

p/s: lukisan buruk, guna stylus pada iPhone

Thursday, March 31, 2016

Skrin MacBook hitam lepas Boot

Bagi ini stress.

Bila on MacBook Air, skrin hitam.
Dah la banyak kerja nak kena buat.
Riki-riki di google.

Cara 1
Tekan butang Power selama 10 saat untuk off.
Tekan sekali lagi untuk on.

--> Dengar bunyi chime, tapi skrin tetap hitam..huhu

Cara 2
Ulang cara 1.
Bila dengar bunyi chime, terus tekan Cmd +Option + R+P serentak sampai banyak nampak flash skrin, lepaskan.

-->Berjaya!!!

Sunday, March 27, 2016

Muzium Bugis, Pontian, Johor

Hari ini baru berkesempatan ke Muzium Johor.

Balik kampung isteri di Pontian, akan terlihat papan tanda coklat ke Muzium Bugis, dari susur keluar Simpang Renggam sampai la ke bandar Pontian Kechil.

Tapi tak pernah pun pergi.

Orang umah walaupun anak jati situ pun tak pernah jejak. Haish!

Muzium Bugis ini terletak 8 km dari simpang empat bandar Pontian arah ke Kukup.

Ia terletak di Taman Rekreasi Sg. Rambah.


Gambar Kompleks Muzium Bugis, belakangnya adalah kawasan lepak-lepak mengadap pantai Selat Melaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...