Friday, February 12, 2016

Nak Cari Apa Apabila Ke Jepun

April ini genap 5 tahun saya meninggalkan Jepun setelah menamatkan pengajian PhD di Universiti Hokkaido pada April 2011.
Disember 2012 saya ke Nagoya untuk ujikaji mikrograviti.
Disember 2013 sekali lagi ke Nagoya untuk tujuan yang sama.
September 2015 membentang kertas kerja di Kyoto.

Kalau saya pergi Jepun, walau di mana lokasi sekali pun saya akan cari benda dan tempat berikut:

1- Setiap kali sampai Jepun saya akan cari onigiri ikura (telur salmon) dimakan bersama teh hijau botol.
Onigiri ini ialah nasi kepal, dibalut helaian rumpai laut dan diisi dengan lauk seperti tuna, udang, rumpai laut dan (^@^).
Jadi kena la hati-hati ye, jangan main sebat ja.
Biasanya dijual di kedai seperti 7-11, Family Mart, Lawson, Seicomart dan kedai seumpamanya yang dikenali sebagai 'konbini' di Jepun.
Harga biasanya kurang 200 yen.
Onigiri perasa lain mcm tuna mayonis biasanya harga 100 yen, sebab telur salmon ni mahal dia harga special.
Memang kesukaan ni. Slurrpp! Leleh...pecah dimulut telur salmon ni..woaha!

IMG_5836

"IKURA ONIGIRI ARIMASUKA?" = ada onigiri okura x?

2- Kemudian saya suka pergi Kedai 100 yen.

Cop cop! 100 yen berapa ringgit?
Pada hari ini 100 yen = RM3.70
Dari pengalaman saya memerhatikan nilai yen ni selama sepuluh tahun yang lalu, kadar tukar adalah 100 yen bersamaan dalam julat RM3 hingga RM4.

Thursday, February 4, 2016

Tukar Pad Brek Exora

Lepas waktu kerja terus pergi ke kedai tayar.

Exora berbunyi tayar belakang bila membrek.

Saya jangka pad brek sudah haus.

20160204 pad brek

Sejak beli Feb 2012 tak pernah bertukar.

Yang depan pernah ditukar tahun 2014.

Minggu lepas mekanik kedai yang sama sudah pandu uji, tiada bunyi dan pad nampak ok katanya.

Baliklah sebab katanya tiada apa-apa.

Kemudian, makin lama makin kuat bunyi geselnya.

Tuesday, February 2, 2016

Takwim Sekolah 2016

Surat Siaran KPM  (akan putus jika hos ubah url atau buang fail asal) sudah berlegaran di alam internet dan di sekolah.

Saya snap maklumat penting ini untuk kegunaan sendiri dan yang berkenaan.
Senang kalau mahu rujuk, pergi web sendiri, malas gugel2 lagi.

Lampiran A Takwim Kumpulan A

2016 Takwim Sekolah A1

2016 Takwim Sekolah A2

Lampiran B Takwim Kumpulan B

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...