Monday, June 13, 2016

Harapan Guru

Sebagai pendidik, kita pasti mengharapkan apa yang kita ajar akan memandaikan pelajar kita.

Kita rasa kita sudah habis usaha mengajar mereka.

Namun, apabila saat menanda kertas jawapan mereka, hati bagai dihiris-hiris.

Sakitnya hati pelajar jawab ntah hapa hapa.

Bertabahlah duhai pendidik.

Kerana....

Sunday, June 12, 2016

Kelas Hari Ini

Ke arah pembelajaran aktif.

Mengapa pembelajaran aktif begitu penting?

Kerana berikut ..

Sunday, June 5, 2016

Penulisan Sorotan Kajian

Biasanya diletakkan dalam Bab 2 tesis ialah Sorotan Kajian / Literature Review.


*if you own this infographic, inform me since I dont remember its original source.

Penulisan Cadangan Penyelidikan

Berikut merupakan panduan penyediaan cadangan penyelidikan bagi projek pelajar tahun akhir dan penyelidikan pascasiswazah.

Saya dah lupa dari mana saya dapat rajah dibawah.


If you own the copyright of the figure below, please infom me since I dont remember the original source.

Saturday, June 4, 2016

Ketumpatan

Ketumpatan ditakrifkan sebagai nisbah jisim terhadap isipadu,

Ketumpatan = Jisim/Isipadu

Unit piawainya ialah kg/m^3

Sudu dan pinggan daripada bahan yang sama seperti tembaga mempunyai ketumpatan yang sama, namun jisim dan isipadu yang berbeza.

Ketumpatan air ialah 1000 kg/m^3.

Ini bermakna 1 meter padu air adalah seberat 1000 kg.

Cecair terberat ialah merkuri atau raksa iaitu sejenis logam yang terdapat dalam termometer dengan ketumpatan 13600 kg/m^3, 13.6 kali ganda lebih berat berbanding air bagi isipadu yang sama.

Ok, itu pengenalan ringkas mengenai ketumpatan.

Dalam sesi amali beberapa hari yang lalu saya memberi tugasan kepada pelajar saya bagi menentukan ketumpatan satu silinder logam.

Peralatan yang diberi adalah seperti berikut:

  • Penimbang jisim

  • Pembaris

  • Bikar

  • Air paip

  • Bikar eureka

  • Bikar kaca

  • Penderia daya

  • Neraca spring

  • Kaki retort



Bagaimana anda menentukan ketumpatan sebuah silinder logam menggunakan peralatan yang diberi?

Saya hanya membiarkan pelajar-pelajar saya ini berbincang dan mencari maklumat dari internet.

Setelah hampir 25 min, berikut merupakan penyelesaian mereka.

  1. Timbang jisim silinder dengan penimbang, direkod sebagai m0.

  2. Isi bikar eureka dengan air penuh, letakkan silinder dalam bikar, dan timbang jisim air tersesar keluar direkod sebagai m1.

  3. Kemudian, dapatkan isipadu air tersebut dengan rumus ketumpatan dengan mengambil nilai ketumpatan air 1000 kg/m^3 direkod sebagai V iaitu sama dengan isipadu silinder.

  4. Akhirnya, ketumpatan silinder diperoleh daripada rumus m0/V.


Saya hairan kenapa begitu rumit pemikiran pelajar-pelajar ini.

Isipadu silinder boleh dihitung dengan formula silinder melalui ukuran tinggi dan jejari menggunakan pembaris sahaja.

Atau dengan menggunakan bikar kaca, baca sahaja nilai aras air tersesar setelah silinder ditenggelamkan sepenuhnya. Namun cara ini perlukan penukaran unit mililiter kepada meter padu.

Pelajar ini berada pada semester 6 dan akan menjalani latihan mengajar semester akan datang.

Sains susah?! Disusahkan?


Ada budak ikut bapa dia masuk lab akibat cuti sekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...