Friday, October 19, 2018

Bengkel SciFinder

Tadi aku sertai bengkel SciFinder. (https://scifinder.cas.org)
Sesuai untuk penyelidik yang berkaitan bidang kimia.
Tapi, apa salahnya belajar walau kita bidang lain.
Kita tak tahu mungkin ilmu ini berguna dari segi lain.
SciFinder in ialah satu pangkalan data kimia oleh American Chemical Society.
Bukan sahaja boleh cari jurnal dan patent, malah struktur kimia, tindak balas dan sintesis bahan kimia itu sendiri.
Ini termasuklah senarai syarikat yang membekalkan bahan kimia tersebut.
Yang paling menarik bagi aku ialah kita boleh lukis struktur kimia dengan mudah menggunakan editor nya.
Kemudian, kita boleh buat carian dalam pangkalan data berkaitan struktur kimia yang kita lukis itu.
Main lukis saja.


MALANGNYA, SciFinder boleh diakses jika ada langganan institusi.
Kalau tak melanggan, memang tiada gunanya.
Kena lah mengemis pada rakan-rakan yang ada akses.
Huhuhu..

Sunday, October 14, 2018

Golden Market Sapporo - Pasar Karat


Golden Market Sapporo ialah acara Pasar Karat terbesar di Sapporo.
Penunjuk arah ke Golden Market, Tsudome.

Ia diadakan pada pertengah bulan April  dan Oktober.
Hari ini aku pergi versi Oktober.
Kalau April, depa jual barang-barang musim bunga dan panas.
Kalau Oktober, depa jual barang-barang musim luruh dan sejuk.
Kalau sesiapa yang kebetulan datang Sapporo, bolehlah pergi mengalami suasana Golden Market ini.
Biasanya, diadakan di Tsudome, iaitu stadium tertutup ~10 minit jalan dari Stesyen bawah tanah Sakaemachi (Laluan Tohou - Biru).
Ada caj masuk, macam hari ini JPY550/orang.
Beratur untuk masuk Tsudome.
Nampak macam bersepah, tapi sebenanrnya mereka beratur dalam garis melengkung. S
iapa datang lewat kena pergi ke ekor barisan untuk beratur.
Macam-macam barangan terpakai, dan ada juga barangan baru yang belum digunakan dijual.
Kebanyakkannya pakaian.
Ada juga acara sampingan seperti persembahan nyanyian, jualan makanan, tinju dan macam-macam lagi, umpama pesta.

Macam-macam ada!

Biasanya diadakan dua hari, Sabtu dan Ahad.
Mulai tengah hari, harga barangan mula dijual pada harga murah luar biasa.
Bagi percuma pun ada sebab peniaga tak mahu dah simpan barangan mereka.
Benda yang sempat aku cekau.
Kalau ikutkan, memang boleh seharian aku di sini.
Tapi sebab ada tugasan kena hantar esok, aku cepat-cepat balik.
Gambar atas ialah benda yang aku cekau.
1- Pembalut kotak tisu Disney Marry the cat baharu tau, JPY1,000 (~RM36).
2- Beg sandang baharu JPY1,000. Rekabentuk dia menarik, tu yang tertarik beli.
3- Bagasi terpakai JPY1,000 juga harga dia, mantap!
4- Mainan set kereta dengan trek terpakai JPY2,000 (~RM72).

#HidupDiSapporo



Tuesday, October 9, 2018

Cara pasang Safarikai Extension pada Safari versi 12

Sedang belajar bahasa Jepun?

Ini ada satu alat yang dapat membantu pembelajaran anda.

Sejak 10 tahun lepas aku gunakan rikaichan, add on dalam Firefox untuk cari perkataan Jepun yang kita tak tahu bila kita layari web.

Senang je, kita letak je kursor kita pada perkataan yang kita tak tahu tu, terus terjemahan dia keluar.

Memang membantu sangat-sangat.

Contoh pop-up keluar bila kita letak kursor pada perkataan yang kita tak tau.

Boleh cek sini untuk dapatkan add-on percuma tu --> http://www.rikai.com/
Boleh juga cari di add-on Firefox dan plug-in untuk Chrome.



Kemudian, aku berpindah ke Safari.

Malangnya, rikaichan tiada untuk Safari masa itu.

Jadi, bila nak baca web Jepun pindah ke Firefox.

Untuk firefox dah ada, kemudian Chrome, akhirnya dah ada untuk Safari.

Yahoo!

Ni cara untuk install Safarikai bagi Safari version 12.

Safari lama kena cek website, install manual.




Semoga bermanfaat.






Monday, October 8, 2018

Allah Ada

Aku perhatikan ramai yang dianggap berjaya, melalui cara yang tidak bermoral.
Aku kecilkan skop dalam dunia pendidikan yang aku ceburi.
Ada pensyarah yang begitu glamor di luar, tetapi mengendahkan tanggungjawab hakiki di dalam universiti.
Kuliah adalah satu beban bagi mereka, cincai.
Aku tak setuju kalau tugas mengajar dinamakan beban mengajar.
Lebih sesuai dinamakan amanah mengajar.
Dulu masa aku belajar, aku selalu terfikir kenapa penyarah yang komited mengajar tidak begitu gah pangkatnya.
Yang cincai2 mengajar bukan main lagi pangkat dan “terkenal”.
Aku ingat ada satu pensyarah ini yang berpenampilan “alim”, tapi selalu selalu mula kuliah lewat, dan habiskan awal pula.
Popular sehingga masuk tv.
Apa apa yang di ajar sambil lewa.
Aku tak skor subjek itu.
Manakala ada satu pensyarah yang bertaraf encik sahaja, tetapi begitu sistematik dan komited.
Subjeknya yang sukar dapat aku skor dengan baik.
Kini apabila aku sendiri menjadi pensyarah, aku mula fahami senario.
Kuliah bukan penyumbang kepada kenaikan pangkat.
Sering aku tanya pelajar yang memasuki kuliah pensyarah gila pangkat/pujian ini, kuliahnya sering dibatalkan.
Atau pun hanya beri tugasan sebagai ganti ketiadaannya.
Tugasan dihantar pula tidak pulangkan pula.
Pelajar tidak tahu status tugasan mereka.
Bila sudah naik pangkat, dilantik menjadi penilai kurikulum.
Kuliah sendiri terabur dan abaikan, nak nasihatkan/nilaikan kurikulum.
Begitulah.
Bila difikirkan, rosak sudah sistem.
Apa aku boleh buat?
Sama-sama ikut laluan “kejayaan” mereka.
Abaikan pelajar?
Itu bukan aku.
Akhirnya, aku lupa.
Allah ada.
Aku rasa tenang.
Bukan tugas aku menghukum orang-orang sebegini.
Tiada kuasa dan upaya aku.
Jalankan amanah aku, supaya aku tak rasa bersalah.
Allah ada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...